Muhyiddin Bernasib Malang, Seumur Hidup Jadi Tawanan Politik Mahathir
Nasib politik seseorang memang boleh di rancang, tetapi tetap tidak boleh diramal. Sama ada akan naik atau mendatar atau lebih buruk lagi, merudum terus.
Ini boleh di saksikan melalui nasib politik Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dari berkedudukan nombor dua dalam UMNO yang di hormati, kini menjadi “tunggul kayu” sahaja dalam Pakatan Harapan.
Akibat pilih jalan songsang melawan arus, maka jadilah Tan Sri Muhyiddin Yassin “persona non grata” dalam Pakatan Harapan.
Namanya terus tenggelam dan tidak setara dengan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan seperti Nurul Izzah, Mat Sabu, Sallehudin kerana dia di bawah “diktator” Tun Mahathir dan tidak boleh bercakap luar dari skrip.
Ada orang berandaikan bahawa TSMY terpaksa ikut dan akur dengan Tun Mahathir walau pun hatinya masih dengan UMNO . Ini adalah kerana Tun Mahathir telah lama memegang “telur” nya atas beberapa isu.
Tun Mahathir pada asalnya mahu TSMY menjadi Perdana Menteri untuk menamakan Mukhriz sebagai timbalannya.
Ikut penggiliran dan perkiraan Tun Mahathir, TSMY sudah pun jadi Perdana Menteri 3 tahun lalu.
Ia direncanakan bahawa Najib sudah pun tumbang 6 bulan selepas serangan dengan isu ciptaan 1MDB.
Namun rencana tidak berjaya.
Pada perkiraan Tun Mahathir TSMY lah yang akan naikkan Mukhriz dan rakyat tidak boleh tuduh Tun Mahathir sendiri yang menaikkannya.
Tapi semua gagal belaka. Kini lebai malang TSMY sudah jatuh di timpa tangga.
Namanya sekali pun tidak di sebut sebagai calon dari Pakatan Harapan, sebaliknya nama Tun Mahathir sendiri yang naik.
Jika begitu bukankah lebih elok TSMY berada dalam UMNO dan menjadi pemimpin no 2 UMNO?
Ia itulah sebabnya, ada perkara yang membuat TSMY akur kepada Mahathir.
Boleh di kira TSMY adalah tawanan politik Mahathir.
Ada kisahnya ketika masih menjadi Menteri Besar Johor lagi, dan ketika itu Mahathir sudah pun menyindir TSMY sebagai “the richest Menteri Besar“. Maknanya Mahathir tahu sesuatu dan memberi mesej kepada Muhyiddin dia “tahu”.
Sambil itu ada kes tanah dan juga skandal “bini orang” yang sudah pun dalam kocek Mahathir.
Maka tidak hairan kenapa TSMY pilih ikut Mahathir dan tidak setia kepada Najib.
Semua ada perkiraan tersendiri. –Tv14
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CUe625
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment