Penduduk Pulau Bruit Rayu Baiki Jalan Raya Rosak
DARO: Penduduk Pulau Bruit memohon perhatian pihak berwajib agar segera membaiki Jalan Pulau Bruit iaitu kawasan di antara Kampung Penuai, Penibong dan Betanak yang kini rosak teruk dan berlubang.
Jalan raya berkenaan yang belum berturap dan hanya berbatu menjadi rosak lantaran musim hujan sekarang.
Permukaan jalan raya yang rosak turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama yang bermotosikal.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Morni, 50, memberitahu ekoran daripada permukaan jalan yang teruk penduduk berhadapan masalah dan sering berlaku kemalangan di jalan tersebut akibat jalan berlubang.
Sehubungan dengan itu dia mengingatkan pengguna agar lebih berhati-hati ketika melalui jalan raya itu pada masa kini.
“Kami penduduk di sini merayu dan memohon kepada pihak berwajib agar memberi perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.
“Amat perlu usaha membaik pulih atau menutup lubang di permukaan jalan raya tersebut dibuat dengan segera bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku, ” ujarnya.
Tambahnya lagi keadaan jalanraya berkenaan menjadi lebih sukar dilalui pada waktu malam.
Dan masalah yang dihadapi penduduk yang menggunakan jalan tersebut menjadi kian mencabar apabila hujan turun. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KmkMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CD2CPR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment