Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jelajah Nepal 11 Hari Tidak Sampai RM900? Ikuti Cara Murshid! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jelajah Nepal 11 Hari Tidak Sampai RM900? Ikuti Cara Murshid!

Jelajah Nepal 11 Hari Tidak Sampai RM900? Ikuti Cara Murshid!

Ingin tawan sebahagian daripada Nepal cara Murshid? Jom Ikuti 'itinerary' disediakan. (Gambar: Murshid)

Sebut saja Nepal, pastinya menjadi antara destinasi impian pelancong dari seluruh dunia.
 
Tidak kiralah anda adalah ‘traveler’, ‘backpacker’ ataupun kaki 'hiking’, Nepal sememangnya negara yang indah untuk dikunjungi.
 
Nepal secara dasarnya adalah sebuah negara yang dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan di utara dan India di selatan, timur dan barat.
 
Walaupun dianggap negara yang serba kekurangan dan terpencil tetapi Nepal mempunyai keistimewaanya tersendiri pada mata pelancong.

Negeri ini dihuni oleh penganut Hindu, Buddha, Sikh, Jai, Kristian dan Islam. Namun, kebanyakannya mengamalkan budaya india berbanding Islam yang hanya empat peratus daripada jumlah penduduk seramai 26 juta.
 
Jika anda berhasrat untuk ke Nepal dengan cara yang lebih murah, Murshid Maktar, 30, berkongsi 'itinerary' percutiannya ke  'Annapurna sanctuary' selama 11 hari kepada Rojak Daily Skop!
 
Paling mengagumkan kesemua kos yang dikeluarkan sepanjang 11 hari ini hanyalah sekadar RM846!
 
Untuk anda yang tidak mengenali Murshid, dia pernah menjadi tular tahun lalu dengan kisah membawa anak lelakinya yang berusia enam bulan (ketika itu) ke Gunung Brinchang, Cameron Highlands yang berketinggian 2,031 meter. (Baca lagi: Bayi 6 Bulan Tawan Gunung Brinchang Dikecam Netizen)
 
Sebelum itu, Murshid juga tular dengan pendedahan lokasi Sungai Bangan Terengganu pada tahun 2015.
 
Jika anda mahu mengembara cara yang sama, kami kongsikan perjalanan Murshid selama 11 hari ini!

HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR - KATHMANDU - NEPAL TOURISM BOARD - THAMIL ROAD - NEW BAS PARK - POKHARA

Lihatlah pemandangan gunung Machapuchare

  • Tiba di Lapangan Terbang Kathmandu terus buat visa
  • Ambil teksi ke Nepal Toursm Board (NTB).  Perlu sampai di NTB sebelum pejabat tutup iaitu 3 petang (waktu tempatan)
  • Buat permit (TIMS & ACAP) mengambil masa lebih kurang 20 sehingga 30 minit
  • Jalan kaki selama 30 minit ke Thamil Road untuk membeli peralatan ‘trekking’
  • Dapatkan teksi ke New Bus Park untuk terus ke Pokhara (bas jam 6 petang dan akan bermalam dalam bas!)
Jumlah kos: RM86
  • Teksi ke NTB - 700 rupee (RM28)
  • Teksi ke New Bus Park - 250 rupee (RM10)
  • Tiket bas ke Pokhara - 700 rupee (RM28)
  • Makan tengah hari dan malam - 500 rupee (RM20)

HARI KEDUA: POKHARA - NAYAPOOL - BIRETHANTI - GHANDRUK
  • Tiba di Pokhara jam sekitar 3 pagi dan tunggu bas seterusnya untuk ke Nayapool
  • Bas ke Nayapool bermula seawal 4 pagi di hentian bas sama
  • Tiba di Nayapool seawal 7 pagi
  • Sarapan di Nayapool
  • Mula 'trekking' ke Birethanti (jangkaan masa 2 jam)
  • Makan tengah hari di Birethanti
  • Sambung perjalanan ke Ghandruk (jangkaan masa 3jam)
  • Tiba di Ghandruk cari Rumah Tumpangan untuk bermalam
Jumlah kos: RM52 
  • Bas ke Nayapool - 400 rupee (RM16)
  • Sarapan di Nayapool - 150 rupee (RM6)
  • Makan tengah hari di Birethanti - 350 rupee (RM14)
  • Harga bilik di Ghandruk - 400 rupee (RM16)
 
HARI KETIGA: GHANDRUK - KIMRUNG - CHOMRONG

Permandangan dr ABC menghala ke gunung Machapuchare.

  • Sarapan di Ghandruk
  • Mula 'trekking' dari Ghandruk ke Kimrung (jangkaan masa 4 jam)
  • Makan tengah hari di Kimrung
  • Dari Kimrung ke Chomrong (jangkaan masa 3jam)
  • Tiba di Chomrong cari Rumah Tumpangan untuk bermalam 
Jumlah kos: RM64
  • Sarapan di Ghandruk - 400 rupee (RM16)
  • Makan tengah hari di Kimrung - 400 rupee (RM16)
  • Makan malam di Chomrong - 400 rupee (RM16)
  • Harga bilik di Chomrong - 400 rupee (RM16)
 
HARI KEEMPAT: CHOMRONG - SINUWA - BAMBOO - DOVAN
  • Sarapan di Chomrong
  • Mula 'trekking' ke Sinuwa (jangkaan masa 4 jam)
  • Makan tengah hari di Sinuwa
  • Mula 'trekking' ke Bamboo (jangkaan masa 2 jam)
  • Dari Bamboo ke Dovan (jangkaan masa 2 jam)
  • Tiba di Dovan, cari Rumah Tumpangan untuk bermalam
Jumlah kos: RM55
  • Sarapan di Chomrong - 400 rupee (RM16)
  • Makan tengah hari di Sinuwa - 400 rupee (RM16)
  • Makan malam di Dovan - 400 rupee (RM16)
  • Harga bilik ('dormitory') di Dovan - 180 rupee (RM7)
Murshid berkongsi 'tips' jika mahu bilik murah, boleh pilih konsep 'dormitory' sebab harganya mengikut katil bukan bilik. Namun, ia bergantung pada Rumah Tumpangan atau jika masih ada katil kosong. Harga pula antara 150 - 200 rupee.

HARI KELIMA: DOVAN - HIMALAYA - DEURALI - MACHHAPUCHHRE BASE CAMP

Peta di kimrong (sepanjang jalan dari ghandruk-kimrong-chomrong)

  • Sarapan di Dovan
  • Mula 'trekking' ke Himalaya (jangkaan masa 2 jam)
  • Dari Himalaya ke Deurali (jangkaan masa 2 jam)
  • Makan tengah hari di Deurali
  • Mula 'trekking' ke Machhapuchhre Base Camp (jangkaan masa 3 jam)
  • Tiba di Machhapuchhre Base Camp cari Rumah Tumpangan untuk bermalam
Jumlah kos: RM57
  • Sarapan di Dovan - 300 rupee (RM12)
  • Makan tengah hari di Deurali - 400 rupee (RM16)
  • Makan malam di Machhapuchhre Base Camp - 550 rupee (RM21)
  • Harga bilik ('dormitory') di Machhapuchhre Base Camp - 200 rupee (RM8)

HARI KEENAM: MACHHAPUCHHRE BASE CAMP - ANNAPURNA BASE CAMP - MACHHAPUCHHRE BASE CAMP
  • Sarapan di Machhapuchhre Base Camp
  • Mula 'trekking' ke Annapurna Base Camp (jangkaan masa 2 jam)
  • Tiba di Annapurna Base Camp
  • Bergambar dan makan tengah hari
  • Mula turun semula ke Machhapuchhre Base Camp (jangkaan masa 1 jam 30 minit)
Jumlah kos: RM70
  • Sarapan di Machhapuchhre Base Camp - 400 rupee (RM16)
  • Makan tengah hari di Annapurna Base Camp - 600 rupee (RM23)
  • Makan malam di Machhapuchhre Base Camp - 600 rupee (RM23)
  • Harga bilik ('dormitory') di Machhapuchhre Base Camp - 200 rupee (RM8)

HARI KETUJUH: MACHHAPUCHHRE BASE CAMP - DEURALI - HIMALAYA - DOVAN

Di pondok polis di Chomrong semasa pemeriksaan permit mendaki.

  • Sarapan di Machhapuchhre Base Camp
  • Mula turun ke Deurali (jangkaan masa 2 jam 30 minit)
  • Dari Deurali turun ke Himalaya (jangkaan masa 2 jam)
  • Makan tengah hari di Himalaya
  • Dari Himalaya mula turun ke Dovan (jangkaan masa 2 jam)
  • Tiba di Dovan cari Rumah Tumpangan untuk bermalam
Jumlah kos: RM64
  • Sarapan di Machhapuchhre Base Camp - 400 rupee (RM16)
  • Makan tengah hari di Himalaya - 500 rupee (RM20)
  • Makan malam di Dovan - 500 rupee (RM20)
  • Harga bilik ('dormitory') di Dovan - 200 rupee (RM8)

HARI KELAPAN: DOVAN - BAMBOO - SINUWA - CHOMRONG
  • Sarapan di Dovan
  • Mula turun ke Bamboo (jangkaan masa 1 jam 30 minit)
  • Dari Bamboo terus ke Sinuwa (jangkaan masa 1 jam 30 minit)
  • Makan tengah hari di Sinuwa
  • Mula turun ke Chomrong (jangkaan masa 2 jam)
  • Tiba di Chomrong cari Rumah Tumpangan untuk bermalam.
Jumlah kos: RM55
  • Sarapan di Dovan - 300 rupee (RM12)
  • Makan tengah hari di Sinuwa - 400 rupee (RM16)
  • Makan malam di Chomrong - 500 rupee (RM20)
  • Harga bilik ('dormitory') di Chomrong - 180 rupee (RM7)

HARI KESEMBILAN: CHOMRONG - JINHU - NEW BRIDGE - KYUMI - SEWAI
  • Sarapan di Chomrong
  • Mula turun ke Jinhu (jangkaan masa 2 jam)
  • Tiba di Jinhu singgah di Hot Spring (kolam air panas)
  • Dari Jinhu turun ke Hot Spring (jangkaan masa 20 minit)
  • Tiba di Hot Spring untuk mandi
  • Mula turun ke New Bridge (jangkaan masa 1 jam)
  • Makan tengah hari di New Bridge
  • Mula turun terus ke Sewai (jangkaan masa 3 jam)
  • Tiba di Sewai ambil bas ke Pokhara
  • Bas terakhir dari Sewai ke Pokhara adalah jam 4 petang
  • Ambil bas dari Sewai ke Pokhara  (jangkaan masa 3 sehingga 4 jam)
  • Tiba di Pokhara, ambil teksi ke Lakeside untuk bermalam di hotel (Hotel Lotus Inn)
Jumlah kos: RM160
  • Sarapan di Chomrong - 300 rupee (RM12)
  • Tiket ke Hot Spring - 100 rupee (RM4)
  • Makan tengah hari di New Bridge - 400 rupee (RM16)
  • Tiket bas dari Sewai ke Pokhara - 400 rupee (RM16)
  • Tambang teksi dari Pokhara ke Lakeside - 400 rupee (RM16)
  • Harga Hotel di Lakeside - 2100 rupee (RM82)
  • Makan malam di restoran berdekatan Lakeside - 350 rupee (RM14) 
Pesan Murshid, cuba rancang perjalanan supaya sampai ke Sewai sebelum jam 4 petang kerana bas terakhir pada waktu tersebut. Sementara dalam bas perjalanan ke Pokhara, boleh melayari booking.com untuk menempah bilik secara atas talian dengan murah. Harga bergantung pada hari dan musim sebab harga bilik sentiasa berubah.

HARI KESEPULUH: POKHARA KE KHATMANDU

Permandangan dari ABC menghala ke gunung machapuchare

  • Bangun awal pagi dan berjalan kaki ke Pokhara Bus Station
  • Tiba di Pokhara Bas Station dapatkan tiket bas ke Kathmandu
  • Bas dari Pokhara ke Kathmandu seawal jam 7 pagi
  • Sarapan sementara menunggu bas bergerak
  • Bas mula bergerak dari Pokhara ke Kathmandu (jangkaan masa 8 sehingga 10jam bergantung kepada lalu lintas)
  • Bas berhenti untuk makan tengah hari
  • Tiba di Kathmandu dan mula berjalan kaki ke Thamil Road untuk pergi ke hotel (Trekkers Home)
  • Jalan kaki selama 10 minit untuk ke restoran halal (Shafqat Halal Food Restaurant)
Jumlah kos: RM149
  • tiket bas dari Pokhara ke Kathmandu - 500 rupee (RM20)
  • sarapan di Pokhara Bas Station - 200 rupee (RM8)
  • makan tengah hari - 550 rupee (RM21)
  • makan malam - 500 rupee (RM20)
  • harga hotel - 2,000 rupee (RM80)

HARI KE-11: KATHMANDU - KUALA LUMPUR

Bergambar bersama pendaki2 lain daripada negara luar.

  • Sarapan dan makan tengah hari di Al Madina Halal Foods
  • Bersiar-siar di Thamel untuk membeli belah
  • Ambil teksi ke Lapangan Terbang Kathmandu
Jumlah kos: RM34
  • sarapan dan makan tengahari - 350 rupee (RM14)
  • teksi ke Airport - 500 rupee (RM20)
Kos lain:
  • Visa - AS$25 (RM100)
  • ACAP (Permit mendaki) - AS$20 (RM80)
  • TIMS - 2000 rupee (RM79)
  • Travel insurans AIG - RM129 untuk 11 hari ('optional')
  • Tiket penerbangan = (bergantung pada tarikh tempahan)
INFO TAMBAHAN
  • Disarankan menyediakan kos lebihan untuk membeli peralatan 'trekking' di Thamil Road sebab ianya murah berbanding harga di Malaysia
  • Sediakan kos tambahan untuk membeli cenderamata
  • Sediakan kos tambahan untuk sebarang kecemasan
  • Nepal adalah negara sejuk dan berdebu
  • Mata wang yang rendah berbanding Malaysia
  • Waktu lewat 2 jam 15 minit berbanding waktu di Malaysia
  • Orang tempatan di sana amat peramah dan kebanyakan sangat fasih berbahasa Inggeris
  • Kebanyakan daripada mereka gemar makan sayur (vegetarian)
  • Semakin tinggi kita mendaki, semakin mahal harga makanan
  • Sediakan pakaian sejuk dengan lengkap
Untuk anda yang ingin mengikuti perkembangan Murshid boleh 'follow' di Facebook dan Instagram jejaka ini.

Sumber Jelajah Nepal 11 Hari Tidak Sampai RM900? Ikuti Cara Murshid!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2maALfm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.