Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun M bakal Ulangi Kesilapan - TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun M bakal Ulangi Kesilapan - TPM


KUALA LUMPUR: Resolusi pakatan pembangkang untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) boleh menjurus negara kepada kerosakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri secara menyindir menyifatkan resolusi itu sebagai "tepat" kerana pembangkang akan memberi peluang kepada "tokoh" berkenaan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya selama 22 tahun berkuasa.

"Resolusi dibuat pakatan pembangkang dalam perhimpunan mereka adalah resolusi yang tepat, cukup baik dan kena pada tempatnya.

"Tokoh itu adalah tokoh yang cukup berjasa kepada negara selama 22 tahun dan insya-Allah kalau beliau akan diberikan tempatnya semula, kesalahan dahulu akan diulangi semula oleh beliau.

"Itu adalah satu kitar semula yang memang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat bahawa tidak ada tokoh lain lebih layak dalam pakatan pembangkang selain daripada tokoh yang cukup berjasa kepada negara itu untuk terus melakukan kerosakan dan kebejatan kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2018 bertema Pemangkin Generasi Bebas Jenayah anjuran Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan; Naib Presiden Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Bok Siew Mun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid mengulas resolusi konvensyen pembangkang Ahad lalu yang bersetuju melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri jika memenangi PRU-14. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AIRMmh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.