Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Mayat Bayi Yang Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Tandas Pesawat.' Malu Dengan Hubungan Sulit Anak Majikan Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Yang Baru Dilahirkan Dalam Tandas Pesawat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Mayat Bayi Yang Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Tandas Pesawat.' Malu Dengan Hubungan Sulit Anak Majikan Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Yang Baru Dilahirkan Dalam Tandas Pesawat..



POLIS Indonesia pada Ahad menahan seorang wanita, disyaki ibu kepada seorang bayi baru lahir yang ditemui mati dalam tandas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta.

Related image

Hani, seorang pekerja migran berusia 37 tahun dari Cianjur, Jawa Barat, ditahan tidak lama selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok, sekitar pukul 1 pagi, kata ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef.

Menurut laporan Tribbunews, Hani telah mengandung hasil dari hubungan sulit bersama anak majikannya, sedangkan Hani telah mempunyai suami dan anak di Indonesia. Bagi menutup malu, Hani tergamak membuang bayi yang baru dilahirkan.


"Dia nampak tak sihat dan tidak akan disoal siasat sehingga keadaannya normal. Wanita itu kini berada di pusat kesihatan lapangan terbang," kata Yusef kepada AFP.

Polis mengesyaki Hani, yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun, melahirkan bayi secara rahsia semasa dalam penerbangan Etihad dari Abu Dhabi ke Jakarta pada Sabtu.

Sekitar empat jam selepas berlepas, dia mula mengalami pendarahan, memaksa kapten untuk membuat lencongan ke Bangkok.


"Wanita itu berada dalam kelas ekonomi tetapi kemudian ditempatkan di kerusi kelas perniagaan dengan topeng oksigen. Kapten kemudian mengumumkan bahawa penerbangan perlu dialihkan ke Bangkok," kata anak kapal Francesco Calore kepada AFP.

Related image

Pasukan perubatan masuk ke dalam kapal terbang untuk memberikan bantuan kepada Hani selepas pesawat Airbus A330 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok, katanya.

Penerbangan ke Jakarta diteruskan kira-kira sejam kemudian tanpa wanita berkenaan, yang kemudian terbang ke negaranya dengan penerbangan berikutnya.


Pekerja pembersihan di Jakarta menemui seorang bayi cukup sifat dibalut dengan beg plastik di dalam salah satu laci tandas pesawat, kata Yusef, sambil menambah punca kematian belum ditentukan.



Dianggarkan lima juta rakyat Indonesia bekerja di luar negara, di mana sekitar 70 peratus daripadanya adalah pembantu rumah perempuan.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHxx8X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.