(VIDEO) Ditegur Oleh Ustaz Kerana Hina Nabi Dengan Panggilan 'Che Mat', Iqram Dinzly Ajak Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary Bersemuka..
Pada ahad yang lalu, Iqram Dinzly telah dijemput ke set Melodi bagi menjadi artis pertama yang mengisi slot ‘cerita sini habis sini’. Akan tetapi menerusi temubual dia bersama pengacara itu, kenyataan Iqram ketika ditanya siapakah gurunya dan dia menyebut salah seorang guru beliau adalah ‘Che Mat’ telah mencetuskan kontroversi.
Gelar Nabi Muhammad SAW Sebagai Che Mat?
Dia dikatakan merujuk ‘Che Mat’ sebagai kepada Nabi Muhammad SAW dan gara-gara kenyataan yang disiarkan secara langsung itu telah menarik perhatian dari seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. Difahamkan, Ustaz Abu Syafiq turut mendakwa Iqram sebagai pelakon sampah kerana merendahkan nama Nabi Muhammad SAW.
“Jumpa atau belum..dia yang mengaku sebagai muslim tiada hak merendahkan nama Nabi Muhammad. Isu bukan jumpa atau tak..hina nama Nabi atau perendahkan boleh menyebabkan jatuh murtad ..kena hati-hati.”
Menyedari akan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Abu Syafiq, Iqram turut memberi kenyataan balas dan mengaku akan kekhilafannya. Malah Iqram turut menambah dengan menganggap Ustaz Abu Syafiq seharusnya menggunakan medium yang betul dan turut mempelawa beliau untuk bersemuka dengannya.
“Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untuk aku memperhalusi seni diri dengan menghukumi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘ CHE MAT‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi .
Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ?
Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini . Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini… tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini .Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti..”
Petikan dari mStar:
Dalam pada itu, Ustaz Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.
Tambahnya, ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.
"Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum," ujarnya.
Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.
Sementara itu, Iqram menerusi Instagramnya memohon maaf jika pemahaman Abu Syafiq yang mengatakan dia menghina Nabi itu adalah penghinaan persepsi.
Iqram memuat naik status di laman Instagramnya.
Malah, dia menganggap penulisan tersebut juga boleh mencetuskan kontroversi dan menjatuhkan maruah orang dengan meletakkan pandangan sendiri.
"Kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘CHE MAT' setelah mengatakan Tok Guru dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi.
"Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti
"Dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri?" tulis Iqram.
Menurut Iqram, dia akan bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri yang lebih arif memberi pandangan mengenai isu tersebut.
Iqram juga mengajak Abu Syafiq untuk bersemuka dengannya dan tidak perlu menjadikan medium laman sosial untuk mencari publisiti.
"Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini. InsyaAllah, Allah lebih Maha mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti.
"Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti," katanya.
Iqram kini tinggal di Ipoh, Perak bersama keluarganya.
Apa pendapat anda mengenai isu ini? Bagi kami, isu agama adalah satu isu sensitif untuk dibincangkan kerana tersilap kata mahupun tafsir pasti ianya akan menimbulkan pelbagai persoalan dan jawapan serta akidah.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKvhNV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment