Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua pelajar kolej dicekup di Stutong dengan dadah RM37 ribu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua pelajar kolej dicekup di Stutong dengan dadah RM37 ribu

KUCHING: Dua pelajar kolej dicekup sepasukan anggota siasatan jenayah negeri semalam selepas disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Sahar Latif ketika mengesahkan tangkapan memberitahu, kedua-dua suspek dicekup pada jam 2.30 petang setelah polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Stutong di sini.

“Kedua-dua suspek ditahan di bilik utama tingkat atas rumah tersebut sebelum suspek pertama yang berusia 19 tahun menunjukkan kepada pasukan serbuan akan satu bekas plastik yang berada di atas lantai berdekatan tilam tempat tidurnya.

“Apabila dibuka, di dalam bekas tersebut terdapat pelbagai jenis dadah, yang kemudian kita rampas,” katanya lagi.

Antara yang dirampas termasuklah empat paket plastik lut sinar berisi pil-pil pelbagai warna disyaki dadah pil Ecstacy seberat 114 gram dan 28 strip warna merah/perak masing masing berisi 10 biji pil disyaki Erimin 5 seberat 79.50 gram.

“Rampasan lain termasuklah enam paket plastik berwarna perak masing masing berisi campuran jus buah-buahan dan serbuk Ecstacy seberat 162 gram dan satu paket plastik lut sinar mengandungi sebelas paket plastik lut sinar berisi hablur putih disyaki dadah Ketamin seberat 18.8 gram.

Kata Sahar, kesemua dadah yang dirampas ini dianggar bernilai RM37,440.

Susulan tangkapan ini, suspek pertama dan rakannya yang berusia 20 tahun, kedua-duanya berbangsa Cina, disiasat di bawah Seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan awal mendapati kedua-duanya telah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sejak pertengahan tahun  lalu.

“Kedua-dua suspek turut mengaku terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah jenis ketamin,” tambahnya lagi.

Siasatan kata Sahar, masih diteruskan dan semakan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Pihak kita turut merampas sebuah kereta Perodua Kelisa dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R2 daripada suspek, selain wang tunai bercampur-campur bernilai RM1208,” katanya.  — Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KmkMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CU4p3J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.