Peruntukan RM500,000 Dari MOA
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerima peruntukan kira-kira RM500,000 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada tahun ini untuk menjalankan kajian teknologi terhadap kaedah-kaedah pengendalian durian ke pasaran eksport.
Ketua Pengarahnya, Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor berkata, sejak Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan menerusi MARDI telah memperuntukkan kos pelaburan kira-kira RM5 juta bagi pembangunan teknologi mesin termasuk alat pengopek kulit durian.
“MOA komited bagi mengeksport buah durian Musang King ke pasaran China dengan jangkaan untuk memperoleh akses pasaran pada tahun ini. Bagi MARDI, pada tahun ini, kami memberi fokus untuk menjalankan penyelidikan dalam menambah baik kaedah pengendalian buah durian bagi menjamin kualiti keseluruhan buah tersebut termasuk bahagian kulitnya.
“Ini adalah untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik apabila sampai di China kelak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi beramah mesra dengan media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini baru-baru ini.
Pada masa ini, Malaysia telah mengeksport durian ke China dalam bentuk separa proses atau pes yang digunakan sebagai bahan untuk membuat kek, aiskrim atau biskut. Pada Festival Durian Malaysia di Naning, China tahun lepas, MOA telah mempromosikan raja buah itu bagi mendapatkan maklum balas pasaran.
Ditanya mengenai cabaran dalam melaksanakan sasaran tersebut, Mohamad Roff berkata, Malaysia perlu mematuhi peraturan yang dikenakan oleh negara tersebut terutamanya dalam isu pengendalian kebersihan.
“Misalnya, kita tidak dibenarkan mengeksport durian yang telah gugur kerana dikhuatiri terdapat mikroorganisma yang melekat padanya yang seterusnya dibawa masuk ke negara China.
“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab MARDI dan agensi-agensi kementerian terlibat untuk membangunkan teknologi-teknologi yang dapat mengatasi masalah tersebut bagi memastikan sasaran kementerian untuk mengeksport durian ke China menjadi kenyataan,” ujarnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dai1os
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment