Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dituduh Sakit Mental. Ini Respon Balas Trump Buat Ramai Terus TERKESIMA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dituduh Sakit Mental. Ini Respon Balas Trump Buat Ramai Terus TERKESIMA

Dituduh Sakit Mental. Ini Respon Balas Trump Buat Ramai Terus TERKESIMA | Saya Luv Islam – Suka keluar kata-kata “tak matang” di laman sosial, pakar label Trump sebagai sakit mental. Oleh sebab viral, ini respon balas Trump buat ramai terus terkesima. Wow.

GELAR DIRINYA ADALAH GENIUS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan dirinya seorang ‘genius yang stabil’ di laman Twitter selepas dituduh mengalami masalah mental.

CNN melaporkan, tweet dari Trump lahir susulan respon pembaca yang membaca buku yang berkisarkan tahun pertama pemerintahan Trump, ‘Fire and Fury: Inside The Trump White House’ baru-baru ini.

Dalam buku tersebut, penulis Michael Wolff menggambarkan Trump sebagai seorang kanak-kanak dengan perilaku tidak terduga (erratic) selain sakit mental dan ‘tidak bijak’.

TAK PEDULI APA PAKAR KATA

“Untuk seseorang yang cuba menjadi presiden AS untuk kali pertama, saya rasa saya bukan bijak, tetapi genius,” kata Trump dalam tweet semalam.

Selanjutnya, Trump mengadakan sidang media dan menghabiskan masa memuji diri sendiri dan mengutuk Wolff.

“Saya masuk kolej yang terbaik, saya berjaya jadi pelajar paling berjaya, keluar kolej, jana pendapatan berbilion-bilion dolar, menjadi salah seorang usahawan paling berjaya,” kata Trump.

Dalam sidang media berkenaan, Trump melabel Wolff sebagai seorang penipu.

Selain itu, Trump juga mengutuk bekas Ketua Strategi AS yang dipecat beliau, Steve Bannon kerana menyumbang idea penulisan dalam buku tersebut.

“Itu sebabnya Steve kini mencari kerja,” kata Trump.

TRUMP CUBA BERBAIK DENGAN KOREA UTARA

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengubah pendiriannya selepas beliau menyatakan kesediaan menghubungi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tanpa prasyarat walaupun kedua-duanya saling berbalas serangan lisan serta mengutuk antara satu sama lain sebelum ini.

“Sudah tentu saya akan berbuat demikian. Saya tiada masalah langsung dengan perkara itu,” katanya di Kem David, Maryland, kelmarin.

Jutawan hartanah terbabit turut menyambut baik perkembangan positif di Semenanjung Korea selepas Pyongyang dan Seoul bakal berunding sempena temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang pada bulan depan.

“Ketika ini, mereka mahu berbincang tentang Olimpik. Ia adalah permulaan besar. Jika saya tidak terlibat dalam perkara ini, mereka pasti tidak mahu berunding,” katanya dengan angkuh.

Minggu lalu, jutawan hartanah terbabit secara sinis berkata, beliau mempunyai ‘butang lebih besar’ walaupun Jong-un ada ‘butang nuklear’ di mejanya, malah Trump berulang kali menggelar pemimpin Pyongyang itu ‘lelaki roket’ kerana siri ujian peluru berpandu balistik yang dilakukannya.

Trump dalam satu kenyataan menerusi Twitter turut memuji dirinya sendiri sebagai ‘genius yang sangat stabil’ selepas buku Fire and Fury: Inside the Trump White House dihasilkan Michael Wolff mempersoalkan tahap kesihatan mentalnya.

“Saya bermula sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan kemudiannya bergelar bintang TV sebelum memegang jawatan di Rumah Putih. Itu sudah menunjukkan bukan setakat pintar, malah seorang genius yang sangat stabil,” ujarnya. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

The post Dituduh Sakit Mental. Ini Respon Balas Trump Buat Ramai Terus TERKESIMA appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElKK9j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.