Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan Sejenis Pertama Di Australia Berkahwin Secara Sah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan Sejenis Pertama Di Australia Berkahwin Secara Sah


CANBERRA: Australia pada Selasa menyaksikan berlangsungnya perkahwinan sejenis secara sah yang membabitkan pasangan atlet, selepas tempoh menunggu selama 30 hari berakhir, lapor agensi berita Xinhua.

Pasangan sejenis membabitkan atlet Sukan Komanwel Australia, Craig Burns dan suaminya Luke Sullivan, juga seorang atlet berkahwin dalam satu majlis tengah malam tadi.

Parlimen Australia telah menjalankan pengundian secara besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan sejenis pada bulan Disember, berikutan hasil tinjauan mendapati 61.6 peratus daripada 12.7 juta orang bersetuju perkahwinan itu dibenarkan.

Bagaimanapun, pasangan sejenis yang ingin berkahwin perlu menunggu selama sebulan sebelum dibenarkan berkahwin kerana undang-undang Australia memerlukan 30 hari notis.

Turut berkahwin pada hari sama, pasangan Ron van Houwelingen dengan Antony McManus yang telah bersama hampir 30 tahun dan sebelum ini pasangan itu telah melangsungkan 16 majlis perkahwinan tidak rasmi. -BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AICdLd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.