Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Elak Penaklukan Budaya.’ Negara Iran 'Ban' & Haramkan Pelajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Elak Penaklukan Budaya.’ Negara Iran 'Ban' & Haramkan Pelajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah..


DUBAI: Iran telah mengharamkan pengajaran bahasa Inggeris di semua sekolah rendah di negara itu.

Menurut Ketua Majlis Pendidikan Tinggi Iran, Mehdi Navid-Adham, keputusan dibuat susulan amaran dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi negara itu yang berkata pengajaran bahasa tersebut membuka ruang kepada 'penaklukan budaya' dari negara barat.

Related image

“Mengajar kurikulum bahasa Inggeris di sekolah rendah swasta mahupun kerajaan kini adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan," kata Mehdi kepada sebuah saluran televisyen negara itu.


Katanya, larangan itu dikenakan atas dasar pendidikan sekolah rendah adalah asas untuk memupuk kebudayaan Iran dalam kalangan murid.



Pengajaran bahasa Inggeris di negara itu pada kebiasaannya bermula di peringkat menengah iaitu ketika murid berusia sekitar 12 hingga 14 tahun, namun ada sesetengah sekolah rendah dan pusat jagaan kanak-kanak menjalankan sesi pembelajaran bahasa itu.

Sebahagian daripada murid turut mengambil kelas tambahan bahasa Inggeris selepas sesi persekolahan.


Pemimpin tertinggi negara itu sebelum ini sering mengeluarkan amaran mengenai ‘penaklukan budaya’ dengan pemimpin agungnya Ayatollah Ali Khamenei pernah menyatakan kemarahan apabila bahasa Inggeris diajar di pusat-pusat asuhan.

Khamenei berkata kritikannya itu bukan bermaksud beliau menentang pembelajaran bahasa asing tetapi ia dilihat sebagai usaha mempromosi budaya luar terhadap kanak-kanak dan golongan belia di negara itu.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mfoN5a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.