Akhirnya... Yusuf Azmi Tinggalkan PPIM
Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi mengumumkan beliau tidak lagi bersama badan itu.
Menurut Yusuf, keputusan itu dibuat kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya.
Beliau berkata, dia bukan mengharapkan sebarang balasan, namun tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.
"Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.
"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.
"Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.
"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM, semalam.
Mengulas lanjut, Yusuf, 28, berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.
Beliau berkata, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menghormati keputusan dibuat Yusuf.
"Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan diterima sebelum ini," katanya dilapor BH Online.
Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai status Yusuf bersama PPIM yang disertainya sejak lapan tahun lalu selepas sebuah portal berita melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.
Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan nasib pengguna.
Antara kes dikendalikan Yusuf sehingga ada yang menganggap aktivis berusia 28 tahun itu sebagai wira dan ikon pengguna adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang dan isu penipuan skim perumahan.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pT5VuL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment