Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boleh Lapor Mengenai 1MDB Tiada Siapa Halang Tapi Gunalah Fakta Betul dan Adil - Salleh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boleh Lapor Mengenai 1MDB Tiada Siapa Halang Tapi Gunalah Fakta Betul dan Adil - Salleh



SUMBER : SABAHKINI2.COM

LAPORAN berkaitan 1Malaysia Development Berhad tidak boleh dianggap sebagai berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak kepada koresponden asing dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

Menteri berkenaan turut memberi jaminan tiada siapa akan dihalang untuk melaporkannya.

"Kita tidak menghalang sesiapa untuk melaporkan apa sahaja," kata Salleh.

Sebagaimana diumumkan kerajaan mengenai 1MDB malah sebelum ini Laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen 7 April 2016  jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



VIDEO KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PENGERUSI PAC DR TAN SENG GIAW (DAP)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw.



“Kita mengkaji semua (isu) ini . Kita (PAC) nampak dia (Najib) tidak terlibat secara langsung (dengan 1MDB). Cuma namanya (hanya) timbul setelah kita kaji berkenaan Lembaga Penasihat.

“Itu sahaja namanya muncul kerana dia pengerusi (Lembaga Penasihat). Selepas itu tidak ada apa-apa lagi. Yang paling banyak adalah pihak pengurusan (IMDB).

“Ia adalah kedaultan undang-undang, anda tidak boleh kutuk seseorang sehingga dia didapati bersalah,” Kata Dr. Tan yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong

Jadi bagaimana 1MDB sebagai berita palsu? yang palsu ialah apabila mendedah maklumat yang tidak benar misalnya memesongkan fakta DOJ yang kini sudah dua tahun disiasat tetapi belum didakwa. Sedangkan dalam pertuduhan DOJ bukan Najib yang dituduh, malahan fakta kes kehilangan wang secara langsung dari 1MDB sudah dijelaskan sebagai tidak benar. 1MBD berkali-kali menegaskan syarikat itu tidak pernah kehilangan wang.

Dalam satu klip video yang dimuat naik menerusi Twitter, Salleh berkata wartawan boleh memetik dan melaporkan apa yang dikatakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dalam laporannya.

"Kamu boleh memetik mereka, apa sahaja yang mereka katakan berdasarkan laporan mereka. Ia tidak dianggap sebagai berita palsu sekiranya kamu memetik apa yang mereka kata seperti DOJ.

Ditanya adakah ia boleh dianggap sebagai meyebarkan berita palsu, Salleh menjawab: "Tidak. Bagaimana ia dianggap sebagai berita palsu?"

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat susulan begitu banyak perkara tidak benar disiarkan mengenai kerajaan termasuk sumber tidak. Berita palsu bukan hanya merujuk kepada berita politiik tetapi perkara lain seperti manipulasi data, laporan dan informasi bukan sahaja dari media sosial tetapi media cetak.

Salleh menjawab berita 1MDB itu menerusi pertemuan antara menteri berkenaan dengan ahli Kelab Koresponden Media Asing Malaysia di Kuala Lumpur.



Salleh turut mengulas secara ringkas berhubung pilihan raya umum Malaysia akan datang dan menyatakan Barisan Nasional yakin akan mengekalkan 150 kerusi atau majoriti dua pertiga.

Beliau berkata walaupun pandangan yang bertentangan dibenarkan oleh kerajaan, adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan pandangan itu tidak membawa kepada perselisihan ketika pilihan raya.

Beliau juga sedia maklum dengan pemilihan berita yang dilaporkan pihak antarabangsa di Malaysia yang termasuk 1MDB, undang-undang berita palsu, persempadanan semula, unsur perkauman dalam pilihan raya dan penindasan hak asasi manusia.

Katanya kerajaan juga sedar tugas media namun berharap agar kerajaan turut diberikan peluang untuk berkongsikan pandangan bagi memastikan laporan yang adil mengenai isu yang berbangkit.





✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IdY01s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.