Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Turun Kedah, Mukhriz Sibuk Main Dengan Kucing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Turun Kedah, Mukhriz Sibuk Main Dengan Kucing




Selama dua hari, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkampung bersama rakyat Kedah. Banyak berita gembira diberikan kepada rakyat negeri Kedah.

Tidak nampak pula batang hidung Mahathir yang selalu "hijacked" majlis orang di Kedah. Tidak nampak pula wajah Boboi di Kedah. Kata kuat sangat, kenapa tidak naik Porshe atau "private jet" mai Kedah?

Mana nak mai, rakyat Kedah yang berjumpa dengan PM lagi ramai pada majlis majlis ceramah parti bunga. Malu lah depa kalau mai. Rakyat Kedah yang datang majlis PM dapat berita gembira bukan dengar maki hamun orang yang berceramah.

Kedatangan Najib adalah untuk menyampaikan berita gembira berupa pelbagai bantuan serta pembinaan dan naikpulih fasiliti di Kedah yang diberikan oleh kerajaan pusat dalam sebagai salah satu usaha menaiktaraf negeri Kedah.

Dalam Majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dewan Wawasan, Jitra Kedah yang dihadiri lebih 5,000 orang, Najib telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk pembinaan pasar baharu di Jitra, selain RM400,000 bagi membaiki gelanggang tenis untuk pembangunan sukan di daerah itu.

Najib juga telah menyerahkan bantuan RM6.12 juta bagi membaikpulih masjid dan surau serta pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah pondok di negeri itu ketika bersarapan pagi di medan selera Pantai Murni, Yan.

Turut diumum, peruntukan RM18 juta bagi membina Masjid Terapung di daerah Yan.
Selain itu, Najib meneliti pembinaan sambungan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Gurun, cadangan tapak stadium bertaraf Fifa di Keda Sungai Udang selain Kompleks Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Rendah Syariah Yan serta pelebaran Jambatan Bukit Choras.

Najib umumkan kenaikan khas elaun kepada lebih 300,000 orang pesawah sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Jerlun, Kedah. Seramai 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Banyak yang Datuk Seri Najib dan kerajaan BN bagi. Ini bukti jelas, kerajaan BN bukanlah "failed state" atau negara bankrup seperti yang dituduh pembangkang. Kalau sudah muflis macam mana hendak beri bantuan macam macam kepada rakyat.

Mana pergi Mahathir dan Mukhriz? Lari pi mana? Mereka sibuk main kuda dan bela kucing. Bagi makan kuda sahaja sebulan dekat RM75,000. Kucing Mukhriz pula yang makan ayam dan daging berharga RM200,000 seekor.

Mana Mahathir dan Mukhriz hendak kisah hal pesawah, nelayan dan orang kampung. Mereka sibuk dengan hobi mewah mereka sahaja. Berapa ramai orang di Yan dan Jerlun yang makan ayam dan daging setiap hari?

Jangan tertipulah dengan janji janji palsu pembangkang, hakikatnya bukan mereka sahaja hidup mewah, binatang kesayangan mereka pun tidur atas guni emas. Pembangkang yang sebegini hendak kuasa sahaja, mereka mana peduli hal rakyat di bawah.

Tengoklah dulu masa Mukhriz jadi MB Kedah, pantang ada cuti, terus terbang balik KL naik "private jet". Mana dia "mau berlemoih" dengan rakyat. Rupa rupanya Mukhriz sanggup terbang naik "private jet" semata mata untuk "berlemoih" dengan kucing kesayangannya yang berharga RM200,000.


Tulisan :
Beruang Biru
BB841, Rabu
28 Mac 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IcWDjG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.