Sebenarnya Mahathir Tak Dijemput Ke Taklimat RUU Anti Berita Tidak Benar - Azalina
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri taklimat Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar pada hari ini adalah diluar pengetahuan pihak Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak dijemput untuk menyertai sidang terbabit.
“Kita tidak ada masalah untuk Mahathir datang, tapi dia tidak diundang.
“Cuma ahli parlimen sahaja yang dijemput untuk hadir taklimat dan Saya tidak tahu bagaimana Dr Mahathir boleh hadir semasa taklimat,” katanya hari ini.
Azalina berkata demikian selepas sesi taklimat kepada pengamal media di Bilik Taklimat, di Bangunan Parlimen.
Taklimat itu disampaikan oleh Pejabat Peguam Negara dan kerajaan dalam siri taklimat kepada ahli parlimen terutamanya pembangkang dan pada media untuk mengetahui maklumat sahih mengenai pelaksanaannya.
Laporan beberapa portal berita menyebut Dr Mahathir hadir di Parlimen bersama Ketua Pembangkang bagi menghadiri sesi taklimat berkenaan pelaksanaan RUU Antiberita Tidak Benar.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pNqA35
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment