Demo Jalanan Bersih Di Parlimen Gagal
Perhimpunan pembangkang melalui gerakan BERSIH kali ke-6 atau Bersih 6 di hadapan Parlimen hari ini gagal lagi.
Hari ini, tidak sampai 200 orang berhimpun di kawasan Tugu Negara dan di laluan masuk Parlimen ingin membantah pembentangan Laporan Kajian Semula Persempadanan kawasan pilihan raya yang dibentang jam 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sejak pukul 8 pagi waktu mereka mula berkumpul, hanya kira-kira 150 orang ada berkumpul di depan Tugu Negara sebelum mereka berarak ke bangunan Parlimen. Sejak Bersih 1 dulu, mereka selalu kata mereka buat perhimpunan aman dan sering memuji anggota Polis yang mengawal keadaan persekitaran lokasi mereka berhimpun.
Bagaimanapun, kali ini mereka menjerit menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Polis tidak membenarkan mereka berarak ke Parlimen kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya beliau tidak membenarkan pembentangan laporan berkenaan.
Pada perhimpunan yang gagal itu, yang hadir ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir hadir dan berceramah.
Dalam ceramahnya, mereka buat tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Najib adalah pencuri, penyangak dan juga perompak serta menuduh BN cuba manipulasi sistem pilihan raya.
Orang menuduh itu sebenarnya adalah penyangak dan pencuri paling besar. Entah berapa jumlah wang yang disorok di resort di Argentina oleh kroninya. Wang Bank Negara berjumlah RM31.5 billion hilang entah ke mana.
Pembangkang sekadar buat tuduhan pillihan raya kononnya tidak adil. Kalau tidak adil kenapa Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dapat kepada pembangkang juga?
Malah dulu ada yang berdemo guna tiket NGO, kini sudah mahu tanding dalam PRU14.
Bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan S Ambiga sudah letak jawatan dalam Bersih dan mahu jadi ahli politik. Sudah pasti mereka yakin sistem pilihan raya adalah adil baru mereka hendak bertanding.
Kemunculan Muhyiddin dan Mahathir serta Kit Siang tidak membawa apa-apa makna kepada perhimpunan berkenaan. Malah menyebabkan salah seorang peserta demonstrasi kena sawan ketika Mahathir tengah ceramah.
Lihat video ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1715285795233036&id=1122306847864270
Semakin hari semakin sedikit orang yang menerima pendekatan gerakan Bersih ini kerana rakyat semakin bijak dalam menilai penipuan blok pembangkang melalui PH.
Jika diteliti proses persempadanan semula ini sepatutnya diluluskan sejak dua tahun lalu namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan. Pembangkang begitu takut jika persempadanan semula dilaksanakan kerana mereka takut kalah selepas tidak buat kerja di kawasan yang diwakilinya.
Himpunan Bersih sudah tidak ada apa-apa makna, Maria Chin dan Ambiga pun sudah tidak percaya pada Bersih tapi percaya pada sistem pilihan raya negara ini. Bersih hanya gerakan yang kini syok sendiri yang buat tuduhan macam-macam ke atas kerajaan tapi tidak ada bukti sehingga ke hari ini.
Ada yang jadi ahli parlimen seperti Muhyiddin, Wan Azizah dan Kit Siang tetapi ponteng dewan rakyat dan hadir ke demonstrasi jalanan Bersih.
Baik jangan undi langsung puak pembangkang ini sebagai ahli parlimen. Mereka tidak minat jadi ahli parlimen. Masuk parlimen pun asyik gaduh dan tidak ikut peraturan hingga digantung oleh Speaker Dewan.
Rugi rakyat yang mengundi mereka kerana mereka ini lebih percaya platform demo jalanan daripada platform dewan rakyat untuk membawakan sesuatu isu.
Tulisan :
Beruang Biru
BB842, Rabu
28 Mac 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pOgpvl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment