Tiada motif untuk ‘serangan saat akhir’ pada PRU14, kata veteran
PETALING JAYA: Kumpulan veteran Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menolak kemungkinan akan berlaku “serangan saat akhir” bagi mengganggu pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Merujuk komen Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, baru-baru ini, Datuk Mohd Arshad Raji dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan itu “agak pelik.”
“Kenapa seseorang, rakyat Malaysia yang waras, mahu melancarkan ‘serangan pada saat akhir’? Apakah motifnya? Kecuali orang itu di bawah pengaruh dadah dan dalam keadaan khayal, tiada orang waras akan melakukan keganasan bersenjata yang bodoh dan tidak masuk akal untuk mengganggu pilihan raya.”
Khamis lepas, Fuzi berkata, polis mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan pertubuhan yang berpotensi melakukan “serangan saat akhir” bagi mencetuskan kekecohan pada PRU14.
Beliau berkata, polis mengenal pasti 116 kawasan di Semenanjung dan 33 “lokasi panas” di Sabah serta Sarawak untuk PRU14.
Kenyataan Fuzi disusuli Hishammuddin yang berkata, angkatan tentera akan bekerjasama dengan polis bagi memantau berpotensi melancarkan “serangan saat akhir” itu.
Menteri itu berkata, 2 agensi itu sentiasa berkongsi maklumat tentang pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan mengenai situasi tertentu.
Arshad bagaimanapun yakin dengan kemampuan bahagian risikan polis dan tentera.
“Anggota risikan polis dan tentera kita, dengan rekod cemerlang mereka, mampu menyekat apa-apa kegiatan berbahaya sedemikian.
“Anggota risikan kita tidak pernah gagal. Jika berlaku pencerobohan keselamatan, apa-apa kegagalan, ia disebabkan kegagalan untuk merancang.”
Arshad berkata, serangan IS seperti disebut KPN tidak mungkin berlaku.
“Patriot mendapati modus operandi dan motif IS tidak selari dengan aktiviti ‘serangan saat akhir’ untuk mengganggu pilihan raya kita,” katanya.
Beliau mengulangi komennya bulan lepas, sekiranya berlaku serangan, semasa atau sejurus selepas PRU14, beliau percaya polis dan tentera akan bersama rakyat melakukan perkara betul dan tidak memihak mana-mana kumpulan.
“Polis dan tentera perlu sentiasa ingat ikrar mereka untuk berkhidmat kepada raja dan negara terlebih dahulu, di samping melindungi rakyat dan harta benda mereka,” katanya dalam kenyataan 10 Februari lalu
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DR0ekX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment