Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Bukti BERSIH Alat Kepada DAP [VIDEO] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Bukti BERSIH Alat Kepada DAP [VIDEO]




Kemunculan Ahli Parlimen DAP, Gelang Patah berucap di himpunan protes anjuran BERSIH di luar Parlimen bagi membantah persempadanan semula membuktikan NGO itu ‘digerakkan’ oleh DAP.



Kit Siang yang berucap dalam perhimpunan itu pada 10.14 pagi, sebelum beliau memasuki Dewan Rakyat menuduh Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan laporan persempadanan semula hari ini untuk “mencuri pilihan raya” pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Walau bagaimanapun perhimpunan BERSIH dianggap gagal kerana hanya dihadiri oleh kira-kira 300 orang yang majoritinya dari kalangan bukan Melayu.

Selepas berucap di perhimpunan BERSIH, Kit Siang kemudiannya bergegas ke Dewan Rakyat.



Dalam Dewan Rakyat, Kit Siang dilihat seolah-olah berusaha menghalang usul persempanan semula itu dibentangkan apabila tampil mencelah walaupun telah diberi amaran oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kit Siang tetap bangun mencelah walaupun diarahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan namun pemimpin DAP itu enggan mematuhi arahan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian mencadangkan agar Kit Siang digantung selama enam bulan.

Kekecohan itu berlangsung kira-kira setengah jam sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada pukul 12 tengah hari.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GjgaON

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.