Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anda Tidak Boleh Percaya Kaki Kleptokrat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anda Tidak Boleh Percaya Kaki Kleptokrat




Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 28 Mac 2018

(Malaysiakini) - Dalam setiap pilihan raya, ia adalah mengenai pembangkang menentang kerajaan BN. Dari masa ke masa, usaha kolektif oleh pembangkang telah menembusi wilayah BN. Mereka menunjukkan kepada kita bahawa mereka adalah satu pasukan, berjuang untuk tujuan yang mulia.

Hari ini, keseluruhan senario telah berubah. Pilihan raya umum akan datang adalah mengenai Dr Mahathir Mohamad menentang Najib Abdul Razak dan ini akan merugikan pembangkang.

Mahathir terkenal dengan ego keras kepalanya. Dengan menjadikannya pemimpin, pembangkang akan menghancurkan diri sendiri. Setiap kali Mahathir membuka mulut dan berkempen, pembangkang kehilangan kredibiliti. Beliau bertindak bertentangan dengan setiap prinsip dalam buku Pakatan Harapan.

Satu-satunya perkara yang ditonjolkan pembangkang hari ini ialah dakwaan rasuah Najib Abdul Razak. Azmin Ali, Lim Guan Eng, Mahathir, Mukhriz Mahathir, Muhyiddin Yassin, dan banyak lagi dalam pembangkang mempunyai dakwaan rasuah terhadap mereka.

Beralih dari rasuah kepada perkauman, anda melihat Mahathir. Jika anda berfikir tentang nepotisme dan kronisme, anda akan melihat Mahathir. Jika anda terfikir tentang penahanan dan perbicaraan yang tidak adil, anda akan melihat Mahathir. Jika anda membayangkan sebuah badan kehakiman yang tidak adil, anda akan melihat Mahathir.

Pembangkang bercakap mengenai kesaksamaan tetapi Mahathir hari ini mempertahankan layanan istimewa. Pembangkang menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi Mahathir akan mepertingkatkannya.

Pembangkang menentang kuota, tetapi Mahathir mahu mengekalkannya. Pembangkang mendakwa parti mereka berbilang kaum, tetapi Mahathir mahu Pribumi eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Pembangkang mahu pemimpin menjadi bertanggungjawab, tetapi Mahathir, tentu saja, terkecuali.

Pembangkang berkata Mahathir minta maaf, tetapi Mahathir hanya memohon maaf kerana 'kemungkinan' salah laku dan tidak pernah mengakui sebarang kesalahan. Pembangkang mahu perubahan dalam pentadbiran, tetapi Mahathir mahu mengekalkan dasarnya yang berat sebelah.

Lebih teruk lagi, anaknya terperangkap dalam kata-katanya sendiri dan kemudian berlari kepada ayah untuk mendapatkan bantuan. Apabila bekas pembantu anda memanggil anda penipu dan mendedahkan kebenaran, anda berada dalam kesusahan.

BMI Research, sebuah firma penyelidikan antarabangsa di bawah Fitch Group, berpendapat bahawa manifesto populis Harapan itu tidak realistik dan akan menjejaskan negara.

Selepas semua publisiti itu, satu lagi usaha tidak berjaya. Mahathir, tentu saja, kini mengatakan syarikat-syarikat asing dan media tidak sepatutnya memberi komen mengenai Malaysia, dalam sifatnya yang suka berpatah balik itu.

Mungkin ia adalah satu pengajaran yang baik untuk orng baru. Jangan sekali-kali mengamanahkan individu yang terperangkap dalam cara lama untuk merancang arah yang baru.

Jika Mahathir hanya kekal penasihat kepada Harapan atau bahkan bersetuju untuk menjadi menteri kanan seperti Lee Kuan Yew, permainan itu akan berbeza hari ini.

Walaupun pembangkang mengajar Mahathir akan menjadi pengubah corak permainan, mereka yang bakal dikalahkan. Sama seperti permainan catur, politik dipenuhi dengan perangkap. Jangan pernah memperjudikan sesuatu yang anda tidak dapat ramalkan.




Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/03/28/you-just-cant-trust-a-habitual-kleptocrat/

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pNCb23

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.