Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terbabas ketika khalwat dalam kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terbabas ketika khalwat dalam kereta

Terbabas ketika khalwat dalam kereta|Cubaan sepasang kekasih melarikan diri selepas kantoi berasmara dalam kereta apabila kenderaan dipandu terbabas ke dalam longkang sebelum ditahan anggota Penguatkuasa Syariah Kuala Terengganu.

Bukan itu sahaja, pasangan berusia 23 dan 20 tahun itu turut dikenakan denda RM3,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini.

Hakim Syarie membuat keputusan selepas pasangan yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral itu di kawasan perumahan di Tok Jembal, Kuala Nerus,kira-kira jam 10.15 malam, pada 26 November lalu.

Mereka mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Berdasarkan fakta kes, semasa rondaan dijalankan dilokasi, anggota terserempak sebuah kereta mencurigakan yang diparkir di kawasan gelap serta sunyi di belakang bangunan baru siap dan tidak berpenghuni.

Keadaan cermin kereta jenis Proton Viva berwarna putih sedikit gelap, didapati semua pintu tertutup rapat manakala enjin dan penghawa dingin hidup.

Sejurus itu, anggota bertindak menghampiri pintu sebelah pemandu dan menyuluh dengan lampu sebelum ternampak seorang lelaki yang memakai baju t-shirt duduk di atas seorang perempuan di bahagian kerusi penumpang hadapan.

Anggota terus mengetuk pintu cermin dan memperkenalkan diri sebelum cuba membuka pintu, tetapi berkunci.

Lelaki itu seterusnya berpindah ke tempat duduk pemandu dan cuba melarikan diri namun gagal kerana terbabas ke dalam longkang sebelum kedua-duanya ditangkap untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan mendapati mereka tiada hubungan suami isteri.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Nurul Hajja Mustafa.

The post Terbabas ketika khalwat dalam kereta appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J1S6SA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.