Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disebat 100 kali oleh suami sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disebat 100 kali oleh suami sendiri

 Disebat 100 kali oleh suami sendiri
Hukuman ganas itu hanya disaksikan sekumpulan lelaki di Bulandshahr di Uttar Pradesh.
NEW DELHI - INDIA . Wanita di utara India ini disebat sebanyak 100 kali oleh suaminya di khalayak ramai sebagai 'hukuman' kerana berzina.

Tangan mangsa turut diikat dengan tali yang digantung pada pokok.
Sekumpulan lelaki yang berdiri di dalam bulatan hanya melihat wanita tersebut menjerit kesakitan dipukul berkali-kali dengan tali pinggang kulit ketika kejadian di Bulandshahr di Uttar Pradesh, kelmarin.

Insiden itu tidak berakhir di situ kerana mangsa yang pengsan turut diserang secara seksual malah cuba dirogol 'penontonnya'.
Hukuman ganas itu dikenakan ke atasnya selepas sebuah mahkamah kangaroo mendapati dia bersalah kerana melarikan diri bersama kekasihnya pada awal bulan lalu.

Pada 10 Mac lalu, suaminya berpura-pura menghantar wakil untuk memujuknya pulang ke rumah dan berjanji akan melupakan apa yang telah berlaku untuk memulakan hidup baru.
Tetapi, apabila dia kembali, sebuah 'mahkamah' terdiri daripada pemimpin tua di kampung itu telah memutuskan hukuman sebat 100 kali oleh suaminya.

Menurut pihak berkuasa, wanita yang mengalami kecederaan serius itu sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Beberapa individu telah disenaraikan dalam kes itu termasuk suaminya dikenali sebagai Saudan dan lima lelaki berpengaruh di kampung terbabit," kata jurucakap polis, Altaf Ansari.

Jelasnya, mereka sedang memburu beberapa lagi individu dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2INIbjn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.