Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Ini Lukisan Skematik Apple iPhone 7 Pro? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Ini Lukisan Skematik Apple iPhone 7 Pro?

Apple iPhone 7 dijangka diperlihatkan September ini dan ia dilaporkan akan membawakan dua perubahan mendadak kepada rekaan iPhone. Pertama sekali ia mungkin tidak lagi mempunyai bicu audio. Sebaliknya fon telinga disambungkan kepada peranti menggunakan port Lightning. Kedua ialah ia dikhabarkan akan mempunyai sistem kamera berkembar pada bahagian belakang seperti LG G5 dan Huawei P9. Kini sebuah lukisan skematik iPhone 7 Pro tertiris.

Iphone 7 pro skematikiPhone 7 Pro ialah nama yang dikatakan diberikan kepada model iPhone 7 dengan kamera berkembar. Apple dikatakan akan memberikan pilihan kepada pengguna yang mahukan iPhone dengan satu ataupun dwi kamera. Dari segi rekaan ia mempunyai saiz dan rekaan yang sama dengan sebuah iPhone 6S. Perkara yang paling menarik pada lukisan skematik ini ialah kewujudan sistem sambungan Smart Connector pada bahagian bawah panel belakang. Smart Connector sebelum ini hanya dilihat pada tablet keluarga iPad Pro sahaja. Pelbagai aksesori baru boleh disambungkan kepada port ini. Sejauh manakah kebenaran lukisan skematik ini tidak diketahui.

Dengan jualan iPhone yang merudum buat pertama kali di dalam sejarahnya, Apple perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan semula jualan. Ramai berpendapat rekaan 6S yang terlalu sama dengan 6 menjadi salah satu faktor jualannya tidak memberangsangkan. Tambahan lagi peranti Android kini mempunyai kelebihan dari segi teknologi skrin dan kamera yang dahulunya milik Apple. Sekiranya rekaan iPhone 7 Pro ini benar, adakah anda berminat untuk memilikinya kelak?



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/24laL06

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.