Perkara Pelik Yang Dirahsiakan Oleh Keluarga Nuri Nadirah
Perkara Pelik Yang Dirahsiakan Oleh Keluarga Nuri Nadirah | Keluarga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa iaitu Nuri Nadirah Ruslan yang meninggal dunia selepas dipatuk ular di perkarangan sekolah pagi semalam menyangkal dakwaan yang menyatakan kanak-kanak itu hidup semula.
Namun, ibu mangsa yang dikenali Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad mengakui anaknya kelihatan seakan-akan tersedak semasa memandikan petang semalam.
“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.
“Bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.
“Pada masa yang sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga. Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya.
Sumber : http://mediasensasi.com
Admin on April 20th, 2016
Post a Comment