Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arul Kanda beritahu kepada Najib kerajaan perlu tanggung kerugian US$6.4 bilion, dedah akhbar Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arul Kanda beritahu kepada Najib kerajaan perlu tanggung kerugian US$6.4 bilion, dedah akhbar Singapura


Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda sudah memberi penerangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan sejumlah ganti rugi yang perlu ditanggung kerajaan jika berlaku “ingkar” (default) dengan syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Sebuah akhbar berpengkalan di Singapura, Straits Times yang dipetik berkata Arul memberitahu Najib, sejumlah US$6.481 bilion perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia dibawah klausa ganti rugi dengan IPIC sekiranya berlaku “ingkar”.

Jumlah tersebut meliputi 4 peratus hutang tertunggak kerajaan, ia termasuk US$3.5 bilion bon, US$1.15 bilion wang tunai pendahuluan dan US$481 juta pertikaian pembayaran yang dikatakan milik IPIC, dedah sumber daripada pegawai kerajaan kepada Straits Times.



Memetik akhbar tersebut lagi, sumber juga mendedahkan pemimpin atasan kerajaan sedang membincangkan jalan keluar kemelut antara IPIC dan 1MDB.
Minggu lepas, IPIC mengumumkan menamatkan perjanjian yang menyediakan sokongan kewangan kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun tahun lepas selepas firma dari Malaysia itu gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada dana Abu Dhabi.
Dalam makluman kepada Bursa London, IPIC berkata, dana Malaysia dan Kementerian Kewangan negara itu gagal memenuhi tanggungjawab termasuk melakukan pembayaran berjumlah AS$1.1 billion dan juga faedah yang kini tidak ditunaikan. – 26 April, 2016.

Sumber : www.themalaysianmirror.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.