Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tugas berat Gabenor baharu, pulih mata wang dan selesaikan skandal 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tugas berat Gabenor baharu, pulih mata wang dan selesaikan skandal 1MDB


Tugas besar menanti Gabenor Bank Negara baharu, Datuk Muhammad Ibrahim, skandal kewangan membabitkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera, kata pemerhati.
Bagi bekas exco pemuda Umno Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub berkata Muhammad perlu memberikan keutamaan dengan menyelesaikan segera kemelut dalam 1MDB.
“Gabenor baharu perlu letakkan isu 1MDB sebagai keutamaan yang perlu diselesaikan. Beliau perlu menghabiskan apa yang Tan Sri Zeti Akhtar Aziz buat.
“Antaranya, mengambil tindakan dibawah akta-akta berkaitan dibawah kuasa BNM (Bank Negara) terhadap 1MDB,” kata Faizal kepada The Malaysia Mirror mengulas pengumuman gabenor baharu hari ini.
Faizal berkata semua tumpuan berada pada Muhammad, sama ada menjadi seorang yang berintegriti atau sekadar mengikut telunjuk individu atasan tertentu.
“Mata rakyat sekarang tertumpu kepada beliau, sama ada mempunyai integriti sebagai gabenor yang bebas atau jadi pak turut kepada kerajaan,” katanya.
Kejatuhan mata wang negara yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara juga perlu ditangani segera dan Muhammad perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengukuhkan semula mata wang negara.
“Zeti pernah berkata kejatuhan ringgit disebabkan spekulasi berkaitan skandal 1MDB, sekarang tugas beliau adalah menyelesaikan segera isu-isu 1MDB dan berusaha memulihkan ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata gabenor baharu ini perlu membuktikan ketelusan dan integriti sebagai keutamaan.
“Buktikan ketelusan dan integriti, bukan pangkat jadi keutamaan.
“Kita harapkan negara menjadi keutamaan dalam pentadbiran dan pengurusan Bank Negara dibawah kepimpinan gabenor baharu ini,” kata Rushdan, salah seorang pemimpin akar umbi Umno yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas salah laku membabitkan syarikat dana negara itu.
Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar menggesa supaya gabenor baharu membersihkan skandal kewangan yang mencemarkan imej negara supaya keyakinan pelabur dapat diperoleh semula.
“Beliau perlu bersihkan skandal untuk bagi keyakinan kepada pelabur,” kata Hamidi merujuk kepada skandal yang terpalit dengan 1MDB.
Bagi penganalisis kewangan, Wan Ahmad Fayhsal turut menekankan supaya kemelut 1MDB perlu ditangani segera bagi mengelak kesan sistemik kepada sistem kewangan negara.
“Perkara pertama ialah pengakhiran kepada isu 1MDB seperti yang dituntut oleh Zeti sebelum ini bagi mengelak risiko sistemik ingkar berlapis kepada sistem kewangan,” kata beliau.
Skandal 1MDB menyaksikan berbilion wang negara hilang tanpa dapat dikesan, malah beberapa buah negara juga memulakan siasatan peringkat global bagi menjejak aliran wang berkaitan syarikat bermasalah tersebut.
Sebelum ini, terdapat spekulasi Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan mengisi jawatan itu.
Para pelabur dan penganalisa dilaporkan memuji gabenor terdahulu, Zeti atas sumbangannya melaksanakan dasar-dasar yang tepat dan menaikkan kewibawaan bank pusat itu, terutama ketika kontroversi 1MDB.
Pemimpin pembangkang pula berharap pengganti Zeti dapat menyelesaikan masalah berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.
Gabenor baru ini dilihat menggalas tugas penting ketika paras nilai ringgit berada di tahap rendah, selain kejatuhan harga minyak yang mempengaruhi kewangan negara. – 28 April, 2016.


Sumber : www.themalaysianmirror.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.