Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak tahu rancangan polis, keluarga cari jalan selamatkan tebusan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak tahu rancangan polis, keluarga cari jalan selamatkan tebusan

culik_sabah_ringgit_600

PETALING JAYA: Disebabkan tidak tahu perkembangan berhubung usaha menyelamatkan empat tebusan Malaysia yang diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, awal bulan ini, keluarga mangsa terpaksa mendapatkan bantuan orang ramai, bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada kumpulan penculik itu.

Menurut kakak Johnny Lau yang merupakan seorang daripada empat tebusan itu, kumpulan penculik itu telah memberi masa sehingga awal Mei ini untuk menyerahkan wang tebusan sebanyak RM30 juta atau mereka akan memancung empat tebusan dari Sibu, Sarawak itu.

“Polis hanya berkata yang mereka akan lakukan, minta kami bersabar, tetapi tidak memaklumkan sebarang perkembangan dan kami tidak tahu apa rancangan atau tindakan polis. Kami tidak boleh duduk di rumah dan tunggu sahaja,” katanya kepada China Press.

Sehubungan itu, beliau menyarankan polis supaya memberitahu keluarga mangsa berhubung perkembangan menyelamatkan tebusan.

“Kami tidak akan dedahkan, kerana ini membabitkan nyawa manusia. Siapa yang berani membocorkan rancangan polis untuk menyelamatkan tebusan?” soalnya.

Sementara itu, satu akaun bank ahli keluarga mangsa disyaki dibekukan sementara, dipercayai kerana terlalu banyak sumbangan yang disalurkan ke akaun itu, sehingga mencetuskan amaran keselamatan Bank Negara.

Pun begitu, akaun itu kemudiannya kembali normal, malam kelmarin.

Ahli keluarga Johnny Lau bagaimanapun menafikan akaun itu dibekukan Bank Negara.

Menurut kakak Johnny, bank terbabit telah memaklumkan sistem mereka mengalami masalah, namun akaun itu telah kembali normal pada malam Selasa.

Bagi memudahkan orang ramai menghulurkan derma untuk menyelamatkan empat tebusan itu, keluarga mangsa telah mengumumkan satu akaun bank dan ada yang mengadu akaun itu tiada dalam sistem bank terbabit.

Namun, keluarga mangsa melalui Facebook kemudiannya memaklumkan akaun itu sudah kembali normal, pada malam kelmarin.

Selasa lalu, Wong Chie Ming yang merupakan bapa kepada tebusan Wong Teck Kang, 31, memaklumkan mereka kini mempunyai RM4 juta, dengan separuh daripadanya adalah hasil jualan tiga rumah, termasuk rumah milik anaknya.

Teck Kang bersama adiknya, Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny, 21, dan seorang lagi rakyat Sarawak, Wong Hung Sing, 34 diculik daripada sebuah kapal tunda, MV MASSIVE 6, di perairan berdekatan Pulau Ligitan, pada 1 April lalu.

Ketika kejadian, kapal itu dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1YUR4Zm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.