Hi! Welcome Back and Stay Tune! EAIC sahkan Dharmendran didera polis sehingga mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EAIC sahkan Dharmendran didera polis sehingga mati

yaakodnelayan

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan berlaku kekerasan fizikal yang dilakukan polis sehingga mengakibatkan Dharmendran Narayanasamy mati di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), pada 21 Mei 2013.

Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam berkata, hasil bedah siasat mendapati, wujud 52 kecederaan dalam bentuk kesan lebam pada mayat Dharmendran.

Kesan lebam itu dipercayai berpunca daripada hentakan objek atau benda tumpul yang mengakibatkan kehilangan darah dengan banyak sehingga menyebabkan renjatan hipovolemia.

“Terdapat dua dawai kokot tertanam di telinga si mati, iaitu satu di telinga kanan dan satu di telinga kiri yang meninggalkan kesan berlubang.

“Pakar forensik mengesahkan dawai kokot ini diketip di telinga si mati, semasa si mati masih hidup yang dianggarkan tidak lebih daripada dua hingga tiga hari, sebelum tarikh bedah siasat,” katanya dalam sidang media di Bangunan Menara Usahawan, hari ini.

Pegawai berkenaan didapati melanggar Perenggan 33 Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A118 yang melarang sebarang penggunaan kekerasan ke atas tahanan semasa disoal siasat.

Ujarnya lagi, enam catatan terakhir dalam Buku Perharian Balai Lokap D9 IPKKL berhubung si mati juga didapati adalah pernyataan palsu.

“Suruhanjaya mendapati ada perlakuan salah laku yang serius melibatkan pegawai-pegawai kanan PDRM untuk melindungi fakta sebenar keadaan kematian si mati.

“Mereka telah bertindak mereka-reka maklumat yang diketahui sebagai tidak benar atau palsu yang menghalang siasatan kes dilakukan secara adil dan saksama,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, EAIC turut mendapati, laporan polis berhubung kematian Dharmendran yang dibuat anggota sentri Lokap D9 (SP25) atas arahan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi IPKKL dan ditaip Sarjan Mejar Ali mengandungi maklumat palsu tentang keadaan sebenar kematian si mati.

“Membuat laporan polis palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 177 atau Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Pada 12 Disember 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Inspektor Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah, bersama Sarjan Jaffri Jaafar, 44; Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, daripada tuduhan membunuh Dharmendran.

Hakim, Datuk Kamardin Hashim mendapati, tiada kes prima facie terhadap empat tertuduh itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat siasatan D9, Tingkat 7, IPKKL di Jalan Hang Tuah, pada 21 Mei 2013.

– Berita lanjut menyusul



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/24lkQtX

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.