Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih wanita diiktiraf sebagai calon PRN Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih wanita diiktiraf sebagai calon PRN Sarawak

Sharifah-Hasidah-Sayeed_sarawak_600

KUCHING: Pemilihan lebih banyak calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) membuktikan kaum Hawa itu mendapat pengiktirafan dalam arena politik negara.

Calon Barisan Nasional (BN), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata peningkatkan jumlah itu telah membuka peluang kepada potensi kaum itu bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan parti, masyarakat dan negeri.

Calon pilihan PBB bagi kerusi Samariang itu berkata kaum wanita perlu diberi lebih banyak peluang dan ruang dalam parti politik bagi mengembangkan potensi mereka sebagai pemimpin.

Kaum wanita dalam parti politik memainkan peranan besar dan selalu taat kepada kepimpinan parti, katanya, yang juga anggota Majlis Tertinggi PBB, kepada Bernama di sini hari ini.

Pada PRN-11 pada 7 Mei ini menyaksikan sejumlah 22 calon wanita daripada 204 calon lelaki bertanding berbanding 16 calon wanita pada pilihan raya negeri lepas pada 2011.

Mengenai pertandingan tiga penjuru bagi kerusi kawasan itu, Sharifah Hasidah berkata soal gender bukan satu halangan untuk sekali lagi mempertahankan kerusi BN itu.

Beliau akan dicabar oleh seorang lagi calon wanita, Nani Sahari daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan wakil PAS, Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

“Saya anggap tidak ada cabaran…sebab saya sentiasa turun padang dan memberi khidmat kepada masyarakat. Pesaing saya sama ada lelaki atau wanita…itu perkara kedua.

“Malah saya bersyukur kerana ada juga wanita daripada parti lain turut mendapat peluang menjadi calon,” katanya.

Pada pilihan raya lepas 2011, Sharifah Hasidah mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua dengan majoriti 5,431 undi, mengalahkan calon PKR, Zulrusdi Mohamad Hol dalam pertandingan satu lawan satu.

Bernama



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rAVSc8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.