Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adenan umum 10 calon SUPP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adenan umum 10 calon SUPP

Oleh Patricia Gari//

KUCHING:Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan 10 calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Mereka terdiri daripada Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (Batu Kawa), Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Wilfred Yap (Kota Sentosa), Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Datuk Francis Harden (Simanggang), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Sebastian Ting (Piasau) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).

Beliau mengumumkan nama-nama calon SUPP itu pada sidang media di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata calon bagi Repok akan diumumkan pada majlis pemimpin bersama rakyat di Repok Jumaat ini.

Bagaimanapun beliau tidak mengumumkan senarai calon langsung seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Beliau juga memaklumkan senarai penuh calon BN dan calon langsung BN akan dimuktamadkan seminggu sebelum hari penamaan calon.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1V8CDCu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.