Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ezam sifatkan penahanan Rafizi langkah kebelakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ezam sifatkan penahanan Rafizi langkah kebelakang

ezam-rafizi

PETALING JAYA: Bekas pemimpin PKR, Ezam Mohd Nor membantah tindakan kerajaan menahan SPKR, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam yang mengisyiharkan keluar PKR pada 2007 pernah ditahan mengikut akta yang sama pada tetapi dibebaskan pada 2003.

“Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ezam didakwa mengikut OSA kerana mendedahkan maklumat mengenai siasatan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ketika itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

“Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.Penahanan itu tidak diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa pula mengingatkan bahawa rakyat memerhatikan tindak-tanduk penguasa dengan dekat.

“Tindakan pihak polis bukan sahaja dilihat sebagai melindungi penjenayah tetapi menjatuhkan kredibiliti dan integriti polis sebagai institusi yang wajar dihormati dan bertindak secara telus dan profesional,” katanya menerusi kenyataan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Raimi Ab Rahim turut mengutuk penahanan Najib Presiden PKR itu, dan menyifatkan penahanan Rafizi dibawah OSA tidak sepatutnya berlaku kerana akta tersebut sudah tidak releven dan memerlukan tranformasi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1RNkqVk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.