Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan dan penentang UMNO perlu pilih ketua – Zaid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan dan penentang UMNO perlu pilih ketua – Zaid

zaid,leader

PETALING JAYA: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencadangkan kumpulan penentang UMNO dan pemimpin Pakatan Harapan memilih seorang pemimpin yang mewakili mereka.

Katanya, beliau sebelum ini meletak kepercayaan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), bagaimanapun tindak-tanduk serta kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu amat mengecewakan.

Menerusi catatan terbaru di blognya, Zaid berkata, orang Melayu yang kecewa dengan UMNO dan PAS, kini mahukan kepimpinan baru.

“Saya mencadangkan Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO berganding bahu dan mula percaya kepada satu sama lain. Mereka perlu menghantar mesej baru kepada orang Melayu yang telah kecewa dengan dua gergasi politik Melayu itu.

“Untuk merealisasikan perkara ini, bekas ahli UMNO perlu memilih seorang pemimpin. Mereka perlu bersama kuasa-kuasa politik lain yang menunggu seruan untuk menyelamatkan negara. Bagaimanapun, mereka perlu mempunyai seorang ketua,” katanya.

Tambahnya lagi, bekas ahli UMNO terbabit juga tidak boleh mendakwa diri mereka masih mempunyai darah UMNO dalam diri mereka.

“Saya anggap seorang daripada mereka sedia membentuk dan mengetuai sebuah pergerakan untuk mewujudkan politik baru dan matang buat negara.”

Pakatan Harapan pula, tegasnya, perlu bersedia mempertimbangkan orang lain, selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memimpin pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap harapan akan diletakkan terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO.

“Kini, orang Melayu memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur dan mementingkan nilai-nilai baik. Saya tidak hanya maksudkan berlaku jujur untuk tidak mencuri dana negara, tetapi jujur dari segi kata-kata dan kehidupan harian mereka.”

Menurutnya, orang Melayu pernah meletakkan kepercayaan terhadap PAS dan mesej Islamnya sebagai alat untuk membebaskan orang Melayu. Mereka menuruti semua nasihat ulama, termasuk tidak menunaikan solat di masjid yang dikunjungi ahli-ahli UMNO dan menganggap UMNO haram.

Sekarang, Zaid berkata, ulama “buat muka dan beritahu orang Melayu yang UMNO adalah sahabat, bukan saksi 1MDB dan sebagainya. UMNO kini halal…apa perasaan pengikut-pengikut ini sekarang?”

Dalam masa sama, jelasnya, pemimpin-pemimpin dari UMNO berjaya meyakinkan orang Melayu, jika mereka percayakan parti itu tanpa was-was, UMNO akan menjaga mereka dan keluarga mereka serta kepentingan kaum itu.

“Kini orang Melayu lebih memahami. Orang-orang Melayu UMNO telah hilang kemampuan untuk memahami perkara-perkara mudah, contohnya perbezaan antara betul dan salah serta kebenaran dan penipuan, kerana falsafah panduan UMNO ialah untuk mempertahankan pemimpin tertinggi mereka, tidak kira dia betul atau salah. Itu adalah tanggungjawab paling utama mereka.

“Nasib baik ramai orang Melayu sudah sedar mereka diperdaya dua kumpulan pemimpin…Kini mereka tahu PAS tidak sesuai untuk mengajar agama dan UMNO tidak layak mengajar mereka tentang etika mahupun untuk memerintah. Ia adalah petanda baik PAS dan UMNO bersahabat.”



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UHJmDy

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.