Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Girlfriends Love': Langkah Shila Amzah dalam industri filem China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Girlfriends Love': Langkah Shila Amzah dalam industri filem China

Girlfriends-LovePETALING JAYA: Selepas mencipta nama besar dalam bidang nyanyian di China, Shila Hamzah muncul pula sebagai pelakon dalam filem mikro pertama di negara berkenaan yang mula ditayangkan hari ini.

Filem berjudul Girlfriends Love itu bagi mempromosikan taman hiburan Ocean Park Hong Kong dan pengambaran dijalankan sepenuhnya di taman tersebut.

Memetik laporan portal TheHive.Asia, Shila Amzah, yang semakin fasih Bahasa Mandarin berlakon di samping Zelia Zhong, Faye Chia dan Lui Hei.

Filem mikro itu dibahagi dua bahagian yang mengisahkan tiga gadis remaja bercuti ke taman itu dan bertemu dengan seorang pemandu pelancong yang kemudian jatuh cinta dengan Shila.

Shila Amzah mula mencipta nama di China selepas memenangi Asian Wave pada 2012 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM5 juta termasuk dalam bentuk dana.

Dia kemudian berhijrah ke negara berkenaan untuk mengembangkan bakatnya selain turut mendalami bahasa Mandarin dan mempelajari bahasa kantonis untuk lebih dikenali.

Shila Amzah, mempunyai jumlah pengikut yang ramai apabila lebih 2.5 juta peminat berdaftar di Weibo, iaitu sebuah laman mikro blog yang popular di China.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1PT6gQ8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.