Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dedah rahsia: Rafizi ditahan reman tiga hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dedah rahsia: Rafizi ditahan reman tiga hari

sivarasa,rafizi

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia.

“Tiga hari,” kata Rafizi kepada wartawan, ketika diiringi polis keluar dari kamar Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Peguamnya, R Sivarasa berkata, Rafizi akan ditahan di Pusat Tahanan Berpusat Jinjang sehingga Jumaat ini.

“Selepas perintah reman tamat, beliau mungkin didakwa di mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pandan itu ditahan polis semalam, sebaik keluar dari kawasan Parlimen. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan dokumen dalam Laporan Ketua Audit Negara akan datang yang dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, yang menurutnya dapat menunjukkan kaitan 1MDB dan Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT).

Beliau mendakwa kaitan tersebut menyebabkan LTAT terpaksa menangguh bayaran gratuiti kepada sejumlah pesara tentera.

Dakwaan tersebut dinafikan Pengerusi LTAT, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang berkata, dakwaan itu berniat memburukkan imej badan berkanun tersebut.

Isnin lalu, LTAT memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1McVfi0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.