Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bashah serah Deklarasi Kedah sokong Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bashah serah Deklarasi Kedah sokong Najib

kedah-declartion

KUALA LUMPUR: Selepas UMNO Kelantan menyerahkan Deklarasi Kelantan bagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, UMNO Kedah pula mengambil langkah yang sama, hari ini.

Deklarasi Kedah diserahkan kepada Najib oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Parlimen.

Kandungan Deklarasi Kedah itu antara lain mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib yang bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Kita kecewa dengan Dr Mahathir yang bersekongkol dengan DAP, PKR dan AMANAH dalam usaha menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengabaikan kesannya kepada negara dan rakyat.

“Kita juga mengkritik tindakan sesetengah pemimpin yang masih memegang dalam parti terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut menyokong agenda pembangkang menyingkirkan Najib,” kata Ahmad Bashah dalam deklarasi itu.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya memecat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana berkerjasama menjatuhkan Najib.

Ahmad Bashah juga mendesak tindakan disiplin terhadap kumpulan penentang dalam UMNO yang terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

Ketika ditemui media, Ahmad Bashah berkata, beliau menyerahkan Deklarasi Kedah kepada Najib selepas mendapat sokongan penuh semua Ketua UMNO Bahagian Kedah.

“Deklarasi ini mewakili semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian, wakil rakyat ahli parlimen, senator termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

“Deklarasi ini bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Kedah menyokong penuh kepimpinan Najib,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/23g90Rb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.