Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja-raja Melayu tahu kemelut yang melanda – AMANAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja-raja Melayu tahu kemelut yang melanda – AMANAH

bahrin-deklarasi-rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menafikan Gerakan Selamatkan Malaysia yang digerakkan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melibatkan Majlis Raja-raja dalam usaha mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.

Presiden AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap gerakan itu langsung tidak tepat.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan, dipercayai beliau merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujar Raja Kamarul, matlamat gerakan berkenaan ‘senada’ dengan kenyataan Majlis Raja-raja sebelum ini yang menegur agar kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

“Saya minta pihak yang keluarkan kenyataan ini membaca keratan akhbar, sejak Oktober 2015 di mana mesyuarat Raja-raja Melayu pada 8 Oktober 2015 mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan Datuk Seri Najib menyelesaikan masalah 1MDB.

“Pada masa itu Gerakan Selamatkan Malaysia belum lagi ditubuhkan.

“Jadi saya rasa tidak tepat mengatakan kita mengheret Majlis Raja-raja kerana Raja-raja sendiri tahu kemelut yang melanda negara dan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.

Semalam, Hadi membidas tindakan Mahathir yang mahu mengumpul tandatangan rakyat agar Majlis Raja-raja dapat membuat keputusan untuk mengugurkan Datuk Seri Najib Razak.

Tegas Hadi, sebarang perubahan untuk jawatan itu perlu dilakukan secara demokrasi samada melalui undi tidak percaya atau menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Raja Kamarul Bahrin menjelaskan, kebimbangan dan teguran yang dibuat Majlis Raja-raja ini bukannya sekali, kerana Raja-raja pernah meminta kerajaan menghalusi Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang menjadi pertikaian pembangkang.

“Dua kali Majlis Raja-raja menegur Kerajaan. Jadi kenyataan untuk sesiapa hendak mengheret Majlis Raja-raja tidak tepat,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Yev8b8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.