Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADUN PKR ditahan kerana halang tugas polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADUN PKR ditahan kerana halang tugas polis

Indera-Kayangan-Chan-Ming-Kai_polis_600

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi ini.

ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan keselamatan.

Chan yang dihubungi Bernama hari ini berkata, beliau membuat bantahan itu kerana mendakwa, Syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan, Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/23g8YZy

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.