Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biasiswa dara langgar undang-undang, perlu dibatalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biasiswa dara langgar undang-undang, perlu dibatalkan

South-African-virgin-scholarships-ruled-unconstitutional

PETALING JAYA: Suruhanjaya Kesamarataan Jantina di Afrika Selatan memutuskan biasiswa dara yang ditawarkan kepada pelajar universiti adalah salah di sisi undang-undang dan perlu dibatalkan.

Ini kerana, biasiswa yang hanya diberikan kepada pelajar perempuan yang masih merupakan anak dara itu disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi.

“Ia bertentangan dengan etos peruntukan perlembagaan mengenai maruah, kesaksamaan dan diskriminasi.

“Keperawanan tiada kaitan dengan tugas pembelajaran,” kata suruhanjaya itu selepas membuat ketetapan berdasarkan aduan beberapa kumpulan hak asasi manusia.

Biasiswa yang ditawarkan Majlis Perbandaran Uthukela di wilayah KwaZulu-Natal itu bertujuan mengurangkan kadar kehamilan di kalangan remaja dan jangkitan HIV/Aids.

Bagaimanapun, kekecohan tercetus sebaik sahaja ia diperkenalkan pada awal tahun ini.

Datuk Bandar Uthukela, Dudu Mazibuko dilaporkan sebagai berkata, ujian kedaraan tidak akan dilakukan majlis perbandaran itu mahupun universiti-universiti.

Sebaliknya, pelajar yang telah menjalani ujian sebagai sebahagian daripada upacara tahunan anjuran Raja Zulu layak menerima biasiswa itu.

Suruhanjaya itu memberi tempoh 60 hari kepada Majlis Perbandaran Uthukela untuk memberi maklum balas terhadap ketetapan berkenaan.

Majlis perbandaran yang terletak di kawasan penduduk konservatif di Afrika Selatan itu belum mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan terbabit.

Dianggarkan terdapat 6.3 juta pembawa virus HIV di Afrika Selatan dengan lebih seorang dalam 10 orang terpaksa menderita akibat Aids.

Kadar kehamilan remaja di negara itu turut meningkat setiap tahun.

Pada 2013, satu kajian yang disokong kerajaan mendapati kehamilan di kalangan remaja meningkat kepada hampir 100,000 kes berbanding 81,000 kes pada 2012 dan 68,000 (2011).

AFP





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1tuPPGq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.