Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untung ribuan ringgit, lelaki anjur judi bola Euro 2016 ditahan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untung ribuan ringgit, lelaki anjur judi bola Euro 2016 ditahan polis

Pemain terkenal Cristiano Ronaldo ketika mewakili negaranya Portugal menentang Iceland dalam kumpulan F kejohanan Euro 2016 pada 14 Jun 2016. — Foto Reuters BUKIT MERTAJAM, 18 Jun — Polis berjaya menumpaskan sindiket judi pertaruhan bola sepak Piala Euro yang sedang berlangsung sekarang ini berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah kedai makan di Taman Selamat, di sini Khamis lepas.

Ketua polis daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis yang sedang menjalankan pemantauan aktiviti perjudian bola sepak Piala Euro 2016 telah membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan.

"Dalam serbuan pada 11.50 malam itu, terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kedai makan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan awal polis menemui sebuah telefon bimbit, sebuah pager, surat khabar yang tercatit jadual perlawanan bola sepak Piala Euro bersama lelaki yang bekerja sendiri itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki menganjurkan judi pertaruhan bola sepak Piala Euro 2016.

Rusli berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai beberapa rangkaian lain bagi menganjurkan judi pertaruhan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM950 dari lelaki berkenaan dan suspek dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit bagi setiap perlawanan bola sepak berkenaan.

"Dia dipercayai menganjurkan pertaruhan melalui telefon bimbit dengan menghubungi mereka yang ingin berjudi bagi perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/21s0WLw

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.