Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘BN hampir pasti menang 2 PRK jika peratusan undi rendah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘BN hampir pasti menang 2 PRK jika peratusan undi rendah’

Awang-Azman-Awang_bn_undi_600

PETALING JAYA: Hasrat BN mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah hampir pasti, kata penganalisis politik.

Keyakinan itu disuarakan pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berdasarkan peratusan keluar mengundi serta kerja keras jentera BN sejak hari penamaan calon sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen.

Beliau juga berpandangan, calon BN di dua PRK itu, Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid boleh membuat perkiraan untuk duduk di kerusi empuk Parlimen itu, jika jumlah pengundi Cina yang keluar melaksanakan tanggungjawab mereka rendah.

“Saya lihat jika peratus undi Cina keluar mengundi rendah, ini bermakna BN ada harapan besar untuk menang, ditambah pula dengan peraih dan jentera kempen BN yang kerja berganda dan mempunyai sasaran khusus terhadap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Maknanya BN bekerja secara lebih spesifik. Setiap PDM ada sahaja keluarga angkat dari luar berkampung untuk berkempen,” katanya kepada FMT.

Keyakinan sama turut diutarakan penganalisi politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang berpandangan BN berpeluang mengekalkan kemenangan sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

Ini kerana katanya, pengundi bekerja di negeri lain yang tidak pulang mengundi terdiri daripada golongan muda yang dilihat mampu meningkatkan undi buat pihak pembangkang.

“Saya rasa jika peratusan keluar mengundi rendah ianya akan memberi kelebihan kepada BN. Pengundi luar ramai di kalangan pengundi muda dan pengundi Cina, ditambah pula BN sekarang ini mampu menarik pengundi ‘putih’ yang menyokong mereka balik mengundi.

“Saya lihat BN akan menang tipis di Sungai Besar. Namun, Amanah mungkin boleh buat kejutan di Kuala Kangsar.

“Tetapi, setakat ini di Kuala Kangsar, BN masih mampu menang jika peratusan undi rendah…pada pandangan saya,” katanya kepada FMT.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat, BN masih berpotensi mempertahankan dua kerusi Parlimen itu, melainkan ada tindakan luar biasa di saat-saat akhir yang mempengaruhi pengundi.

Selain BN katanya, Amanah adalah parti kedua yang berkemungkinan memenangi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Parlimen Sungai Besar mempunyai jumlah daftar pemilih seramai 42,836 orang yang terdiri daripada 67.1% Melayu; Cina (30.68%) dan India (1.91%).

Manakala Parlimen Kuala Kangsar pula mempunyai 32,949 pengundi berdaftar yang merangkumi 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330).

Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan 75% pemilih yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka di dua kawasan Parlimen itu hari ini.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Ovv8Ed

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.