Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nelayan dibebaskan Indonesia ‘balas jasa’ di PRK Sg Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nelayan dibebaskan Indonesia ‘balas jasa’ di PRK Sg Besar

Chua-Lee-Teck_undi

SUNGAI BESAR: Pengalaman pahit ditahan di Tanjung Pinang, Indonesia selama 101 hari tidak menghalang Chua Lee Teck daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi di PRK Sungai Besar hari ini.

Nelayan berusia 46 tahun dari Sekinchan itu yang pulang ke pangkuan keluarga kelmarin, membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

“Saya mengundi mereka yang dekat di hati saya. Mereka telah membantu kami. Kini adalah masanya untuk membalas jasa,” katanya tanpa mendedahkan parti pilihan hatinya.

Lee Teck yang tersenyum sambil menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal itu memberitahu beliau gembira tetapi masih letih.

Beliau bersama rakannya, Heng Chee Yong, 29, sepatutnya ditahan dua tahun empat bulan di negara jiran kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia selepas ditahan pihak berkuasa republik itu pada 4 Mac lalu.

Mereka dibebaskan Khamis lalu selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang dilaporkan sebagai berkata, usaha pembebasan dua nelayan itu tiada kaitan dengan PRK Sungai Besar kerana ia telah bermula sejak Mac lalu.

“Kita lakukan khidmat masyarakat ini dengan tanggungjawab dan kerjasama semua parti komponen dalam BN sebaik mungkin,” kata Jamal.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ZY170A

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.