Netizen puji majlis berbuka puasa di gereja
PETALING JAYA: Ramai netizen memuji satu majlis berbuka puasa yang didakwa dianjurkan sebuah gereja di Kuching, Sarawak selepas sekeping gambar tersebar di laman media sosial.
Menurut Facebook Sarawak Edition, majlis berbuka puasa itu berlangsung di Pusat Kariah Kristian St Joseph di Kuching untuk umat Islam setempat.
Catatan itu diterima baik netizen apabila ia mendapat 11,000 ‘like’ dan dikongsi lebih 7,600 kali sehingga kini.
Satu lagi Facebook S4S Ari Dayak yang turut berkongsi gambar sama mendakwa majlis itu diadakan semalam.
“Ini adalah semangat berbilang kaum dan budaya di Sarawak yang harmoni dan bersatu padu,” keterangan yang disertakan dengan gambar sekumpulan umat Islam berkumpul di gereja itu.
Gambar itu dikreditkan kepada Colin Wei.
“Orang di sini lebih bijak…tidak seperti orang di Semenanjung,” tulis seorang pengguna Facebook, Ryan Yap.
Seorang lagi pengguna Facebook, Aron Reed berkata: “Inilah sebabnya saya hormat Sarawak. Tiada rasisme.”
“Kami di sini di Sarawak tidak pernah rasis. Kami hidup dalam harmoni, kami hidup bersama. Tolong bersikap matang. Bumi ini bukan milik kita, ia milik Tuhan,” tulis pengguna Facebook, Iza Iza.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Y0F2kN
Post a Comment