Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuci 192 masjid seluruh Malaysia, dua beradik selesai ‘misi akhirat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuci 192 masjid seluruh Malaysia, dua beradik selesai ‘misi akhirat’

Tiga pemuda pergi mengembara untuk mencuci 192 masjid di seluruh negara. — Foto ihsan Facebook/Kembara 3 SahabatSHAH ALAM, 11 Ogos — Dua beradik dan rakan mereka berjaya menamatkan misi mereka yang digelarnya “misi akhirat” dengan mengembara sejauh 2,730 kilometer mencuci 192 masjid seluruh negara dalam masa 145 hari.

Annas Aiman Jaffry, 28, bersama adiknya Muhammad Aidil, 25, melaksanakan 'Kembara Sahabat Borneo' bermula 18 Mac lalu dan berakhir sekitar Sabah, Sarawak, dan Brunei kelmarin.

Rakan mereka Hizamuddin Alidin, 25, tidak dapat menyertai perjalanan ke Malaysia Timur kerana komitmen beliau di Semenanjung.

"Tidak dinafikan perasaan kami pada awalnya bimbang dan takut kerana ia kali pertama menjejakkan kaki di bumi Borneo malah ada yang tidak mengetahui mengenai kembara masjid dilaksanakan kami sebelum ini.

"Namun apabila diberi penerangan lanjut kehadiran kami diterima baik malah mereka berasa seperti 'diziarahi' terutama dikawasan pedalaman," katanya dilapor Harian Metro.

Menganggapnya kerja dakwah, anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu berkata mereka terharu dengan sambutan masyarakat tempatan.

"Selain pengalaman, kami memperlajari pelbagai perkara sepanjang pengembaraan termasuk selama lapan bulan di seluruh Semenanjung sebelum ini.

"Walaupun berpuas hati, masih banyak yang perlu kami terokai untuk menyampaikan dakwah dengan cara sebegini," katanya.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aYkpzX

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.