Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kabinet Meluluskan Rancangan Untuk Membenarkan Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kabinet Meluluskan Rancangan Untuk Membenarkan Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah

Kemelut status sah Uber dan Grab kini semakin hampir menemui jalan penyelesaian selepas kabinet meluluskan rancangan untuk membenarkan perkhidmatan perkongsian kereta ini beroperasi secara sah. Keputusan itu dicapai selepas pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah pada mesyuarat kabinet semalam untuk menyusun semula industri teksi konvensional dan mengembangkan perkhidmatan pengangkutan awam negara.

UberX KL

Keputusan membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah selepas kajian yang dijalankan oleh SPAD tempohari menunjukkan 80% pengguna mahukan perkhidmatan ini wujud. Kewujudan mereka didapati meningkatkan standard perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada. Pada waktu yang sama kerajaan akhirnya akan memberikan permit teksi individu kepada pemandu teksi konvensional dengan rekod perkhidmatan yang baik dan bersih rekod. Dana khas untuk pembelian teksi baru juga dicadangkan bagi pengusaha perkhidmatan teksi konvensional sedia ada.

Halangan terakhir untuk membenarkan operasi Uber dan Grab ialah pindaan kepada undang-undang sedia ada yang melibatkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di sidang Parlimen pada bulan November. Sebelum ini SPAD mencadangkan penggunaan kad pemandu bagi pemandu Uber dan Grab bagi membenarkan mereka beroperasi.

Diharap selepas ini tidak wujud lagi insiden tidak diingini apabila pemandu teksi menyerang pemandu perkhidmatan perkongsian kereta. Apa yang kami rasakan menarik ialah keputusan ini diambil selepas mengumpul maklum balas rakyat menerusi bancian yang dilakukan sendiri oleh SPAD April lalu. Benarlah cogan kata “Kami Mendengar” yang digunakan parti pemerintah pada pilihanraya yang lalu. Janji ini memang ditepati.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bkfTww

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.