Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti: Lebih banyak kebodohan, bahaya sukar dikawal daripada Pokemon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti: Lebih banyak kebodohan, bahaya sukar dikawal daripada Pokemon

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran tentang bahaya selain ‘Pokemon Go’. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 11 Ogos ― Memberi komen tentang permainan Pokemon Go, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan adalah dilarang oleh agama Islam.  

Namun jelasnya, terdapat banyak lagi kebodohan dan bahaya yang memberi mudarat kepada diri, orang ramai, negara dan rakyat di Malaysia berbanding permainan lokasi realiti itu.

“Dalam negara ini bukan sahaja Pokemon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orang ramai, negara dan rakyat.

“Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokemon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara,” katanya dalam satu coretan Facebook.

“Pokemon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal,” tambahnya.

Beliau juga seolah menyindir perokok yang cuba memberi amaran tentang “bahaya” Pokemon kepada diri dan orang lain, kerana katanya rokok sudah sekian lama memusnahkan diri dan orang ramai.

“Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokemon, padahal negara sedang musnah disebabkan Pokemon 'salah guna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan.

"Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.

Beliau juga memberi amaran kepada para pemain Pokemon agar jangan bukan sahaja lalai bermain Pokemon GO, malah berbincang tentangnya sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan yang sedang dan telah ada.

Semalam, Jawatankuasa Fatwa Kedah memutuskan permainan Pokemon Go adalah haram untuk umat Islam kerana dilihat banyak mendatangkan kemudaratan.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat dan hasil perbincangan itu merumuskan bahawa permainan Pokemon Go wajar dihalang, disekat serta dilarang kerana ia jelas mendatangkan kemudaratan kepada pemainnya.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aD5fUt

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.