Hi! Welcome Back and Stay Tune! FFM tukar fikiran, pengarah masih kekal undur jawatan FDAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FFM tukar fikiran, pengarah masih kekal undur jawatan FDAM

Kontroversi Festival Filem Malaysia bermula apabila filem ‘Jagat’ dicalonkan dalam kategori asing. ― Foto ehsan Shanjhey Kumar PerumalKUALA LUMPUR, 11 Ogos ― Pengarah filem Hafiz Ibrahim kekal dengan keputusan berundur dari Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) walaupun kemelut isu pengasingan kategori bahasa Festival Filem Malaysia (FFM) sudah berakhir.

Hafiz berkata, peletakan jawatan sebagai penolong setiausaha agung sudah dibuat pada petang Isnin lalu selepas persatuan itu mengeluarkan kenyataan di luar pengetahuannya.

"FDAM sedang mempertimbangkan pengunduran saya. Saya sudah dikeluarkan daripada semua saluran komunikasi lembaga, dan saya tidak kisah.

"Pendirian saya kekal, saya tidak akan tarik balik keputusan saya kerana FDAM masih bertegas dengan pendiriannya," katanya kepada Malay Mail Online hari ini.

Katanya, beliau akan kekal sebagai ahli FDAM biasa memandangkan dasar kerajaan yang mewajibkan seseorang pengarah berada dalam persatuan.

Keahlian itu katanya perlu ketika mahu menghantar borang kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Negara (Finas) untuk kelulusan sijil tapisan sebelum iklan televisyen ditayangkan.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aNrloI

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.