Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Oppo F1S - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Oppo F1S

Oppo F1S011Oppo F1 Plus dilancarkan di Malaysia April lalu dan merupakan peranti yang mementingkan kemampuan mengambil selfie yang tinggi. Keutamaan ke atas selfie ini mengakibatkan kamera hadapan F1 Plus mempunyai sensor yang lebih besar (16 Megapixel) berbanding kamera belakang (13 Megapixel). Ini digabungkan dengan pemproses Helio P10, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Rekaannya juga menarik kerana mempunyai sisi bulat yang membuatkannya amat selesa dipegang. Dengan harga jualan RM 1898, ianya mungkin di luar kemampuan kebanyakan pengguna di luar sana. Semalam Oppo F1S dilancarkan dan ianya versi lebih mampu milik F1 Plus. Apakah perubahan dilakukan dan pendapat kami mengenai peranti ini? Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapannya.

Spesifikasi

Oppo F1S
Skrin 5.5″ IPS LCD 720P (267 ppi)
Pemproses 1.5 GHz Lapan Teras MediaTek MT6750
Cip Grafik Mali-T860MP2
RAM 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 256 GB)
Kamera Utama 13 Megapixel PDAF f/2.2
Kamera Depan 16 Megapixel f/2.0
Bateri 3075 mAh (Tidak boleh taggal)
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano
NFC Tiada
Infra Merah Tiada
Harga Jualan RM 1198

Tiada perubahan pada saiz skrin dilakukan. Masih lagi 5.5″ tetapi skrin AMOLED HD penuh digantikan dengan skrin IPS LCD 720P. Apabila diletakkan secara sebelah menyebelah perbezaan adalah ketara. Paparan F1 Plus jelas lebih tajam dan mempunyai penghasilan warna yang lebih baik.

Perubahan seterusnya ialah pada pemproses. Sebuah pemproses MediaTek MT6750 digunakan bagi menggantikan Helio P10. RAM pula kini dikurangkan ke 3 Gigabyte dan storan juga berkurangan lima puluh peratus ke 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD dikekalkan dengan saiz maksimum 256 Gigabyte.

Kemampuan optik masih lagi sama dengan kamera utama 13 Megapixel f/2.2 dengan PDAF dan kamera selfie 16 Megapixel f/2.0. Kamera belakang mampu merakam video pada resolusi maksimum 1080P. Bateri 3075 mAh digunakan dan ini sebenarnya lebih besar dari yang digunakan pada F1 Plus.Sungguhpun begitu tiada sokongan pengecasan VOOC disertakan kali ini.

Masih tiada sokongan untuk NFC ataupun pemancar infra merah.Jelas sekali F1 hanyalah sebuah F1 Plus dengan spesifikasi lebih rendah tetapi mengekalkan kemampuan kamera yang tinggi pada model asal.

Rekaan

Dari pandangan hadapan tidak ada perbezaan yang ketara di antara F1S dan F1 Plus. Masih terdapat sebuah butang home merangkap pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Butang ini dihimpit butang navigasi kapasitif back pada sebelah kanan dan multi tasking pada sebelah kiri. Terdapat sokongan lampu pada kedua-dua butang bagi memudahkan navigasi pada waktu malam. Ini sepatutnya menjadi rekaan standard kesemua peranti dengan butang navigasi kapasitif. Namum begitu pengeluar seperti Asus masih tidak menyertakannya.

Apabila bahagian sisi dan belakang F1S diteliti, perbezaan besar mula kelihatan. Sisi F1S adalah bersegi dan lebih menyerupai rekaan pada keluarga Oppo R7. Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan talam SM/Kad MikroSD. Talam adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum untuk dikeluarkan. Terdapat dua slot untuk SIM bersaiz Nano dan satu slot MikroSD. Oleh itu dua SIM masih boleh digunakan serentak dengan sebuah kad MikroSD.

Oppo F1SDSC02467-006 Oppo F1SDSC02427-002 Oppo F1SDSC02449-004 Oppo F1SDSC02441-008 Oppo F1SDSC02468-005 Oppo F1SDSC02459-001 Oppo F1SDSC02473-003 Oppo F1SDSC02463-007

Lensa kamera pada F1S juga tidak terlalu terkeluar berbanding F1 Plus. Lokasi flash berubah dari sebelah kanan lensa ke bahagian bawah lensa. Akhir panel belakang kini jelas diperbuat dari tiga panel berbeza dan bukannya satu seperti pada F1 Plus. Kemasan pula sedikit lebih kasar kali ini.

Pada sisi kiri pula terdapat butang kuasa yang diperbuat daripada logam. Bergerak ke bawah terdapat bicu audio 3.5 mm, slot pengecasan MikroUSB dan sebuah pembesar suara mono pada bahagian kanan. Kekisi “pembesar suara” pada sebelah kiri yang dilihat hanyalah olok-olok dan tidak  mengeluarkan sebarang bunyi.

Secara keseluruhan F1S ialah peranti Chimera yang menggabungkan rekaan hadapan F1 Plus dengan rekaan sisi serta belakang R7. Kerana penggunaan sisi yang kini berkotak, ia kurang selesa dipegang. Seperkara lagi F1S adalah 2.7 mm lebih panjang, 0.78 mm lebih tebal dan 1.7 mm lebih lebar

ColorOS 3.0

Oppo F1S masih menggunakan Android 5.1.1. Tidak ada lagi peranti Oppo yang menggunakan Marshmallow setakat ini. Kekecewaan ini sedikit terubat dengan penggunaan ColorOS 3.0. Ini ialah iterasi paling terkini pelancar rekaan mereka dan ia tidak mengecewakan.

Sebelum ini kritikan utama kami mengenai ColorOS ialah estetik dan UX yang terperangkap di tahun 2012. Rekaan antaramuka, ikon, skema warna dan penggunaan Color OS 3.0 yang lebih mengikut trend semasa amat kami hargai. Ia seakan hibrid antaramuka iOS 9 dan MIUI 7. Segalanya kemas, ceria, cerah dan paling penting sekali minimalis. Tiada lagi set ikon yang menyakitkan mata. Paling penting sekali ialah antaramuka ColorOS 3.0 adalah amat pantas. “Selancar mentega” jika kami dibenarkan menggunakan perumpamaan Bahasa Inggeris. Tiada lagi skrin khas untuk pemain audio ataupun fungsi seakan Polaroid yang sebelum ini wajib disertakan pada setiap versi ColorOS. Kami tidak pernah peduli dengan dua fungsi ini dan kehilangannya tidak kami tangisi.

Fungsi-fungsi klasik ColorOS yang memudahkan lagi penggunaan peranti masih lagi dikekalkan dan adalah sama seperti yang wujuda pada F1S. Senarainya adalah seperti di bawah.

Smart Call – Menjawab panggilan telefon secara automatik apabila di letakkan pada bahagian telingan

Draw Gesture – Melancarkan aplikasi tertentu dengan melakar bentuk tertentu pada skrin yang ditetapkan oleh pengguna. Sebagai contoh huruf “O” untuk melancarkan kamera.

Dwi-Tap – Menghidupkan paparan dengan menekan skrin sebanyak dua kali.

Eye Protection – Warna skrin berubah pada waktu malam bagi mengurangkan kesakitan mata dan tidak menghalang anda dari tidur.

Long Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin panjang secara menegak. Pengguna hanya perlu menekan butang kuasa dan menaikkan suara untuk mengaktifkan fungsi ini. Fungsi ini diperkenalkan pada Oppo R7.

Gesture Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin dengan menatal ke bawah menggunakan tiga jari.

Theme Store – Mengubah tema antaramuka. Terdapat puluhan tema dan set ikon boleh dimuat turun.

One Handed Mode – Mengecilkan saiz paparan skrin bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan. Untuk mengaktifkan mod ini pengguna perlu menatal dari buku bawah sebelah kiri/kanak ke bahagian tengah skrin. Saiz skrin kemudian boleh diubah mengikut keperluan.

Oppo-F1S-UI-1

Oppo-F1S-UI-2 Oppo-F1S-UI-3

Kesimpulan

Oppo F1S ialah versi lebih mampu milik dan spesifikasi lebih rendah F1 Plus. Perubahan dilakukan pada rekaan dan spesifikasi tetapi kemampuan kamera dikekalkan. Dari segi penggunaan kami mendapati ianya selancar F1 Plus walaupun menggunakan pemproses yang kurang berkuasa. Kesemua fungsi tambahan yang wujud pada F1S dikekalkan. Bateri yang digunakan juga lebih besar bagi memastikan peranti dapat berfungsi dengan lebih lama. Rekaan adalah sedikit kasar kerana berkotak dan tidak mempunyai sisi bulat.

Oppo F1SDSC02430-009

Sungguhpun begitu pada harga RM 1198 ia lebih murah berbanding F1 Plus yang dijual pada harga RM 1898. Sekiranya anda tidak pedulikan spesfikasi kasi dan hanya mahukan peranti “pakar selfie” Oppo, ini ialah versi lebih mampu milik yang dihasilkan mereka. Nantikan ulasan penuh peranti ini akan hadir dalam masa dua minggu. Teruskan membaca Amanz untuk ulasan peranti-peranti di pasaran Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aNjLrc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.