Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inisiatif MY Digital Maker Diumumkan – Mengalakkan Budaya Membuat Di Kalangan Pelajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inisiatif MY Digital Maker Diumumkan – Mengalakkan Budaya Membuat Di Kalangan Pelajar

Kita sedia maklum akan mengenai perancangan kerajaan dalam mengimplementasi dan mengintegrasi pembelajaran sains komputer pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kini, pada hari ini, MDEC dan Kementerian Pendidikan secara rasminya berkongsi lanjut mengenai inisiatif baru mereka ini, yang mana dikenali sebagai MY Digital Maker.

Melalui MY Digital Maker, MDEC dan Kementerian Pendidikan akan mula mengalakkan para pelajar (dan sesiapa sahaja) untuk mula menggunakan teknologi dalam menghasilkan sesuatu – tidak kira dari segi perisian mahupun perkakasan.

My Digital Maker

Pada masa yang sama juga, Kementerian Pendidikan dan MDEC turut berkongsi mengatakan pembelajaran bermula tahun 2017 di sekolah rendah dan menengah akan mula mengintegrasikan pembelajaran sains komputer. Untuk peringkat sekolah rendah, ia akan diintegrasikan pada mata pelajaran sedia ada seperti matematik dan sains, sementara untuk peringkat sekolah mengenah, ia akan ditawarkan dalam bentuk mata pelajaran khusus sains komputer.

Disamping hanya di sekolah, MDEC juga turut akan bekerjasama dengan rakan industri dalam hadir dengan Digital Hub yang boleh membantu sesiapa sahaja dalam menghasilkan sesuatu perkara. Sebagai contoh, selepas menghabiskan pelajaran di sekolah, seseorang pelajar boleh ke Petrosains atau ke sebarang makmal terbuka yang disediakan pihak swasta untuk mempelajari sesuatu topik dengan lebih lanjut.Sejumlah syarikat turut telah menyatakan sokongan untuk MY Digital Maker ini, termasuk antaranya adalah Digi, Sedania dan juga Catcha Media Group. Selain hanya aktiviti selepas belajar, MDEC dengan rakan industri ini juga akan menawarkan tempat untuk latihan pelatih (internship) bagi terus memperkembangkan bakat seseorang.

MDEC mengatakan perkara ini selari dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan pendapatan digital dari tahun ke tahun. Apatah lagi dengan pekerjaaan masa kini yang sedia meminta keperluan pengetahuan ilmu teknologi dan digital.

My Digital Maker

Bersama-sama pengumuman ini juga, beberapa projek daripada anak muda dan pelajar tempatan diperlihatkan kepada umum. Salah satu yang mencuri perhatian kami sendiri adalah sebuah permainan yang telah dibangunkan oleh pelajar berusia 14 tahun. Permainan tembak-menembak dan mengelak kapal angkasa dinamakan sebagai MecaBlaster ini telah dibangunkan oleh empat pelajar tingkatan dua, iaitu Abdullah, Ahmad Mirza, Ilyas Adam dan Wan Mohd Arief dari Sekolah Sultan Alam Shah. Apa yang menariknya, mereka hanya telah memulakan pembangunan sekitar dua hari lepas, dan telah memperlihatkan produk akhir mereka, sebuah permainan yang berfungsi sepenuhnya pada hari ini. Dengan bantuan daripada industri, semestinya mereka boleh melangkah setapak kehadapan lagi pada usia muda – sekaligus memperlihatkan yang mana pelajar kita bukan sekadar memainkan permainan video sahaja, sebaliknya turut menghasilkan permainan video.

Layari : My Digital Maker






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bhelEe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.