Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ku Nan: Jangan guna nama ‘Bersatu’, nanti rakyat keliru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ku Nan: Jangan guna nama ‘Bersatu’, nanti rakyat keliru

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Selasa. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 11 Ogos ― Pemimpin tertinggi Umno telah meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) melarang parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggunakan perkataan “bersatu” sebelum ia diluluskan.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata perkataan “bersatu” dalam parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bersifat umum dan boleh mengelirukan rakyat.

"Dia nak tubuh [parti baharu] tak apa. Tapi dia tak boleh guna 'bersatu' kerana ia sesuatu yang ‘lazim’.

"Jadi saya merayu kepada RoS nak lulus, luluslah. Tapi kalau boleh minta mereka jangan guna pakai 'bersatu'," katanya yang dikenali sebagai Ku Nan, seperti dilapor mStar hari ini.

Turut dipertikaikan Menteri Wilayah parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara yang juga katanya menggunakan perkataan umum.

"Saya pun tak faham kenapa diluluskan dulu. Amanah pun ‘lazim’.

"Jadi saya harap ketua pengarah RoS boleh tengok benda-benda ini, mereka guna perkataan seperti ini untuk mengelirukan masyarakat," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kelmarin menyerahkan borang pendaftaran Parti Pribumi di ibu pejabat RoS di Putrajaya.

Katanya, parti itu terbuka hanya kepada kaum Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Manakala kaum lain boleh turut serta sebagai "ahli bersekutu" yang dikecualikan dari mengundi dan bertanding mana-mana jawatan dalam parti.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aNo59L

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.