Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sutradara: Anugerah bahasa kebangsaan FFM? Hanya jika guna bahasa baku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sutradara: Anugerah bahasa kebangsaan FFM? Hanya jika guna bahasa baku

Sutradara bebas Anwardi Jamil mencadangkan cuma Bahasa Malaysia baku digunakan untuk Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 11 Ogos — Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan FFM tidak patut diberikan kepada mana-mana filem yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia rasmi, kata sutradara bebas Anwardi Jamil.

Anwardi berkata anugerah baharu yang diwujudkan Festival Filem Malaysia (FFM) itu perlu diberikan cuma kepada filem yang mempromosikan keindahan bahasa kebangsaan dan penggunaan tatabahasa yang betul.

"Anugerah ini tidak boleh diberikan (hanya) kepada mana-mana filem Melayu. Ia bukan Filem Terbaik dalam Bahasa Malaysia, tetapi Filem Terbaik yang menggunakan Bahasa Malaysia dengan cara yang betul," katanya kepada Malay Mail Online ketika dihubungi semalam.

"Anugerah ini bukan untuk filem Bahasa Malaysia. Anugerah itu sepatutnya untuk filem yang menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul," katanya.

Beliau berkata kebanyakan filem tempatan dalam Bahasa Malaysia menggunakan istilah seperti "I, you" dalam dialog mereka, serta slanga Manglish (campuran Bahasa Malaysia dan Inggeris) dan dialek tempatan yang tidak mempromosikan serta menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia rasmi.

Bagi versi tempatan, dialek Bahasa Malaysia digunakan di negeri-negeri berbeza di Malaysia, Anwardi merasakan bahawa anugerah baru FFM itu perlu diberikan kepada filem-filem yang menggalakkan penggunaan versi rasmi Bahasa Malaysia oleh pihak berkuasa tempatan Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, jika anda menjawab dalam dialek Kelantan atau Negeri Sembilan, adakah jabatan pendidikan negara akan menerimanya atau tidak?

“Kerana apa yang anda belajar adalah Bahasa Malaysia, anda tidak menggunakan 'depa', tetapi anda gunakan ‘mereka’.

"Maka jika anda ingin berjuang untuk penggunaan Bahasa Malaysia yang betul, maka anda perlu menggunakan gaya Bahasa Malaysia Dewan Bahasa. Ia tidak boleh jadi 'bahasa rojak', 'bahasa rakyat'.

“Mari kita tentukan apa yang mereka mahu, mereka terus beritahu Bahasa Malaysia," kata beliau merujuk kepada peserta dalam sesi pertemuan FFM Isnin lalu.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka kategori Filem Terbaik FFM — sebelum ini terhad kepada filem-filem dengan 70 peratus Bahasa Malaysia — kepada semua filem. Ia juga menciptakan anugerah Filem Terbaik dalam kategori Bahasa Kebangsaan.

Pengumuman itu dibuat selepas orang ramai mengkritik pencalonan Ola Bola dan Jagat untuk kategori Filem Terbaik (bukan Bahasa Malaysia) di FFM 28 tahun ini.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2biJEAB

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.