Aku Tomboi. Satu Hari Cikgu Panggil Pergi Bilik Dia Dan Segalanya Berubah Selepas Tu. Aku Telah…….
Aku Tomboi. Satu Hari Cikgu Panggil Pergi Bilik Dia Dan Segalanya Berubah Selepas Tu. Aku Telah……. | Ni kali pertama aku confess kat sini. Selama ni aku baca je tulisan orang lain. Tapi sejak kes identity di ragui yang aku pasti ramai kat sana yang ada terkena penyakit ni (perempuan nak jadi jantan, jantan nak jadi perempuan) semakin bertambah, aku rasa nak berkongsi supaya korang semua boleh jadikan turning point untuk korang perlahan-lahan berubah. Kenapa aku kata penyakit? Sebab benda ni kalau di biarkan lama, melarat. Ubat dia hanyalah cek diri sendiri. Memang nampak senang, tapi sebenarnya kalau kau tak kuat, dia banyak makan masa.
Okay, sebenarnya aku pun termasuk dalam orang yang mengalami kecelaruan identity. Aku seorang perempuan. Tapi di sebabkan aku rapat sangat dengan abang aku, aku jadi teringin nak jadi macam dia. Sejak kecil, semua benda yang dia buat, aku ikut. Pergi mandi sungai, aku ikut. Pergi lastik burung, aku ikut. Sampaikan aku kena kejar dek babi hutan pun, aku tak serik nak ikut dia. Dan abang aku ni sangatlah kasar. Maksud sangat kasar kat sini, dia ni gangster kampong. Sebab dia ni kuat dan orang takut, aku pun belajar bertumbuk, pukul dan sebagainya.
Sejak aku kecil sampailah aku belasan tahun, aku rupanya dah terbiasa dengan kehidupan macam tu dan membuatkan aku lupa… aku ni rupanya perempuan. (Tapi yang peliknya, reti pulak masuk tandas perempuan.)
Hehe…
Bila aku sedar yang aku ni perempuan, mulalah konflik dalaman ni berlaku. Macamana aku boleh sedar? Semua ni sebab guru dan kawan-kawan aku. Oh ye, aku ada lebih ramai kawan lelaki dari perempuan.
Suatu hari tu, seorang cikgu panggil aku ke bilik dia. Dia tegur aku. Selama ni ada je cikgu lain yang tegur, cuma aku rasa teguran dia tu lebih kepada perli yang membuatkan apa yang dia bagitahu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Cikgu tu bagitahu aku (lebih kurang macam nilah perbualan kami.
“Aid (bukan nama sebenar), kamu ni okay sebenarnya,”
Bila dia cakap macam tu, aku terus pusing kepala dengan kereknya. Dahi tak payah cakap, berkerut seribu.
Dalam kepala aku,”pehal pulak cikgu ni? Nak kata nak menggatal, dah tua bangka..”
Sebelum aku cakap apa-apa, dia teruskan lagi, “Kalaulah perangai tu macam perempuan sikit, tak adalah cikgu nak risaukan kamu. Hari-hari cikgu dengar orang panggil kamu minah tomboy. Kamu tak rasa apa-apa ke?”
“Rasa apa? Malas saya nak layan.”
“Eh, kamu kena layan. Bila orang kutuk kamu, pasti ada benda yang orang tak suka tentang kamu. Muhasabah diri, kenapa orang panggil kamu minah tomboy? Nama tu, cantik-cantik mak ayah kamu bagi nama Aida, orang panggil Aid. Tak ke pelik? Kamu ni sebenarnya, sedar ke tak… kamu tu perempuan. Nak kahwin nanti, kena kahwin dengan lelaki..”
Pap, rasa kat hati aku. Teguran dia tu masuk macam peluru.
Tapi sebab ego, aku blah je masa tu. Aku pun jumpa kawan baik aku. Masa tu masa makan. Diorang dah lama tunggu aku.
‘Woi Aid, lambat giler. Kitorang dah kebulur tunggu kau,’
Aku masa tu, terus tersentak. Baru aku perasan.. semua orang panggil aku Aid, bukan Aida. Jadi masa makan tu, aku pun borak-boraklah dengan diorang. Tanya diorang kenapa orang panggil aku Aid. Sebab aku sendiri pun tak sedar. Kawan-kawan aku bagitahu, semua ni sebab gaya aku sendiri. Gaya macam jantan.
Balik je dari sekolah, aku tengok depan cermin lama-lama. memang patut orang panggil aku Aid. Rambut dahlah pendek. Baju pulak warisan abang aku. Gaya tak payah cakaplah. Sampaikan orang ingat keluarga aku ada dua orang lelaki.(padahal abang aku tu lelaki tunggal). Jadi start dari tu, aku tekad aku nak berubah. Aku rasa aku dah jauh menyimpang. Sebab tu aku cakap, step pertama kena sedar diri.
Tapi, sedar diri, kalau kau tak kuat pun tak jadi jugak. Alih-alih, baru je kau sedar, eh-eh, kau nak kembali balik pada perangai lama. sebab apa? Sebab kau rasa gaya baru ni tak suit untuk kau. Macam, orang sekarang panggil.. tak masuk.
Nama aku walaupun still Aid (sebab diorang kata diorang tak biasa panggil aku Aida), tapi sekurang-kurangnya kawan baru aku selepas tu ada juga panggil aku Aida.
Tapi, bukan mudah nak istiqamah ni. Selama enam tahun aku berubah, banyak onak duri yang aku perlu tempuh. Pertamanya, bila aura lelaki tu menerjah masuk dalam badan aku. Tiba-tiba jalan gemalai aku jadi kasar. Nak-nak kalau aku pakai seluar. Automatic, style aku terus kejantanan. Jadi, aku cari solution macam mana nak istiqamah.
Pertama, aku gantikan seluar tu dengan kain. Aku pakai tudung, walaupun dalaman masih rasa seperti lelaki, sekurang-kurangnya luaran tu dah keperempuanan. Insyallah, lepas ni dalaman tu sendiri akan follow.
Kedua, cari orang yang boleh bimbing korang. Sebab orang ni yang banyak mempengaruhi hidup korang nanti. Macam aku, aku cari kawan perempuan. Jadi, dari aku mula sedar diri tu, aku cuba berubah. Aku dah berkawan dengan perempuan. Tapi satu je yang susah, perempuan ni suka pegang-pegang. Sebab aku tak biasa di pegang (kawan lelaki aku pun tak pegang aku), mula-mula diorang pegang tangan aku tu, aku rasa macam kena kejutan elektrik. Nak-nak lagi kalau yang suka peluk-peluk tu. Weh, kejung badan aku tak bergerak. Tapi lama-lama, aku pun dah biasa. Bila nampak je si B ni, dalam kepala aku tak lain. Hmm, kejap lagi kena peluk la ni. Tapi, bukan cari pakwe! Ni bukan solution. Kalau korang nak cari jugak, carilah suami. Tapi pastikan yang boleh bimbing korang. Yang lelaki, cari isteri. Tapi pastikan pasangan korang tu sabar dan tabah.
Ketiga, yang ni paling penting. Ingat siapa pencipta kita. Sejak tu, aku mula dekatkan diri dengan Allah. Solat lima waktu. Jadi setiap kali nak solat tu, aku ambik telekung… aku tengok cermin. Aku nampak lah muka perempuan aku tu. Lepastu doa depan cermin tu (Doa melihat cermin kalau tak silap aku.) sekurang-kurangnya lima kali aku doa, pasti Allah akan makbulkan. Sepertimana dia memperelokkan rupa paras kita, semoga Dia perelokkanlah sekali akhlak kita. Insyallah.
Keempat, ni pun penting jugak. Pekakkan telinga. Maksud pekakkan telinga kat sini adalah buat-buat pekak bila ada orang kutuk. Siapa tak pernah kena kutuk? Kalau ada tu, cakap kat aku, aku nak minta tips. Dulu, masa aku jadi Aid, ramai je yang kutuk, lali je. Tapi kenapa selepas berubah, orang kutuk sikit, terus sentap. Hah, itulah nama dia bisikan setan. Orang kutuk jauh berbatu pun, telinga ni dengar. Dulu, masa jahiliah, orang kutuk dekat telinga ni. Boleh pulak kita buat tak dengar kan. Jadi, pekakkan telinga sekali lagi. Apatah lagi, kita berubah kea rah kebaikan bukannya keburukan.
Okay, itu je lah kot. Selamat berubah kea rah kebaikan. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. – Kak Aid via IIUM.
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post Aku Tomboi. Satu Hari Cikgu Panggil Pergi Bilik Dia Dan Segalanya Berubah Selepas Tu. Aku Telah……. appeared first on BACA VIRAL.
Penyumbang : BACA VIRAL http://ift.tt/2dje4Ay
Post a Comment